KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam mencadangkan kes saman fitnah yang dikemukakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Setiausaha Kerja Umno, Datuk Ab Rauf Yusoh terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd (Mkini) dan dua editornya diselesaikan di luar mahkamah.

Peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun mewakili Najib dan Ab Rauf selaku plaintif berkata, Hakim Datuk Wira Kamaludin Md Said membuat cadangan itu memandangkan kes tersebut telah mengambil masa yang lama sejak difailkan tiga tahun lalu.

“Tunggu pihak Mkini jika ada penyelesaian di luar mahkamah,” katanya  selepas prosiding, semalam.

Menurut Hafarizam, Mahkamah Tinggi memutuskan wajar menunggu pelupusan merayu kes Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng di Mahkamah Persekutuan sebelum dengar permohonan plaintif untuk mengetepikan permohonan membatalkan saman defendan.

Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 19 September 2017 untuk pengurusan lanjut kes itu sementara menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu sama ada penjawat awam boleh atau tidak kemuka saman atas kapasiti peribadi.

Najib, yang mengemukakan saman itu atas kapasiti peribadi dan Ab Rauf memfailkan saman fitnah itu terhadap ketiga-tiga mereka berhubung siri posting pembaca yang diterbitkan dalam laman web mereka.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • PUTRAJAYA - Seorang taikun dan dua bekas menteri kabinet antara 23 individu yang akan dinamakan sebagai satu pihak dalam saman sivil Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) terhadap bekas pengurus besarnya Datin Paduka Phang Oi Choo atau OC Phang.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 11,368 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Had Laju yang dijalankan selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu di seluruh negara.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 302 saman dikeluarkan manakala 20 motosikal disita polis dalam Op Tutup di Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini, lewat malam tadi.
  • SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah tindak balas daripada kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjalankan tanggungjawabnya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.