KUANTAN – Pemuda Umno Pahang hari ini menggesa tindakan undang-undang dikenakan terhadap Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar kerana menghina dan menjadikan video Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah yang sedang gering sebagai bahan jenakanya ketika memberi ceramah politik.

Ketua Pemudanya Mohd Shahar Abdullah berkata tindakan itu mencerminkan kebiadapan dan kecetekan  akal pemimpin pembangkang itu yang jelas tidak menghormati institusi beraja di negara ini serta melampaui batas seorang ahli politik.

Dalam kenyataan medianya  hari ini, beliau berkata  Mahfuz perlu ingat bahawa meskipun beliau adalah seorang ahli Parlimen, namun dirinya masih tertakluk di bawah undang-undang apabila berceramah di hadapan orang awam.

Berikutan itu Pemuda Umno Pahang menggesa tindakan undang-undang diambil terhadap Mahfuz mengikut Akta Hasutan 1948 atas kesalahan menerbitkan pernyataan menghasut bagi menghina Sultan.

Pemuda Umno juga mendesak Mahfuz membuat permohonan ampun terhadap Sultan Pahang secara terbuka atas tindakannya yang dangkal dan tidak boleh diterima itu. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUANTAN - Sebanyak 124 laporan polis dibuat terhadap Anggota Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang sedang gering, dalam ceramah politiknya baru-baru ini.
  • TEMERLOH - Kesatuan Penghulu Penggawa Semenanjung Malaysia (KPPSM) Cawangan Pahang mendesak supaya Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar tidak dibenarkan menjejak kaki ke negeri ini selepas video beliau menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah menjadi tular di media sosial.
  • SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Pemuda Umno Petaling Jaya Utara dan Kelana Jaya hari ini tampil membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap MBI Selangor dan Darul Ehsan Investment Group (DEIG).
  • PETALING JAYA - Exco Pemuda Umno, Armand Azha Abu Hanifah‎ hari ini membuat laporan polis terhadap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana dipercayai membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.