SHAH ALAM - Semua madrasah dan maahad tahfiz seluruh negara wajib berdaftar dengan jabatan agama islam negeri bagi memastikan keselamatan pelajar dan madrasah terjamin.

Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Pelajar-pelajar Tahfiz Malaysia, Datuk Mustapa Othman berkata, madrasah dan maahad tahfiz yang berdaftar akan sentiasa dipantau pihak berwajib seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat termasuk pantauan dari aspek penyelenggaraan premis.

“Tidak dinafikan masih terdapat ramai pengusaha tidak mendaftarkan madrasah dan maahad tahfiz mereka. Apabila tidak berdaftar sukar pihak berwajib menyalurkan bantuan dan melakukan pemantauan berkala.

“Apabila tiada pemantauan, banyak aspek mungkin terlepas pandang oleh pengusaha termasuk struktur bangunan yang tidak selamat dan faktor pendawaian yang dilakukan secara haram oleh juruelektrik tidak bertauliah,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Polis sahkan 21 pelajar, dua guru maut di lokasi]

Katanya, kerana itu setiap madrasah atau maahad tahfiz yang beroperasi di bangunan rumah kedai, mereka harus mematuhi syarat ditetapkan, iaitu perlu berlesen. Lesen itu perlu dikeluarkan oleh jabatan agama Islam negeri.

Pengusaha madrasah juga wajib menggunakan khidmat juruelektrik bertauliah, agar tidak berlaku penyambungan pendawaian secara haram yang boleh mendatangkan risiko kebakaran sekiranya berlaku litar pintas.

“Pelajar juga perlu dikawal dan diingatkan agar tidak menggunakan lilin atau bahan mudah terbakar lain yang boleh mengundang risiko kebakaran dan kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau turut melahirkan rasa dukacita atas kejadian yang menimpa mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran ittifaqiyah, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur.

“Saya berharap seluruh keluarga terutama ibu bapa mangsa yang terlibat, tabah dan sabar menghadapi ujian ALLAH. Insya-ALLAH ada hikmah di sebalik setiap kejadian ini.

“Kejadian ini amat menyedihkan , kita berdoa semoga roh-roh mangsa yang terkorban ditempatkan bersama orang-orang yang soleh,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Polis mengesahkan hanya 21 pelajar dan dua orang guru maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, kira-kira jam 5.30 pagi, hari ini.
  • KOTA TINGGI - Berita tentang keputusan bedah siasat kes kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Gaddafi, 11, yang menunjukkan ia disebabkan penyakit dan bukannya trauma atau kecederaan ternyata melegakan keluarga bekas pembantu warden Madrasah Tahfiz Al-Jauhar (MTAJ).
  • JOHOR BAHRU - Polis Johor akan mengemakini kertas siasatan bagi mendapatkan arahan lanjut dari Timbalan Pendakwa Raya berhubung kematian pelajar tahfiz, Allahyarham Mohamad Thaqif Amin Mohd Ghaddafi, 11.
  • KUALA KRAI - Pengusaha CT - One Islamic Center menyerahkan kepada pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung kejadian meragut nyawa tujuh pelajar Pusat Tahfiz Al Hashimi, Jumaat lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.