KUALA LUMPUR - Litar pintas di hadapan pintu masuk bilik asrama dipercayai menjadi punca dalam kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Abu Obaidat Mohamad berkata, perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama.

"Mangsa dipercayai cuba menyelamatkan diri daripada kawasan kebakaran.

"Selain itu, mangsa juga dipercayai cuba menyelamatkan diri dengan keluar menerusi tingkap," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian, hari ini.

Tambahnya, bagaimanapun, tingkap asrama tersebut dilengkapi jeriji menyukarkan mereka untuk keluar tambahan pula hanya terdapat satu pintu sahaja untuk keluar dan masuk dari bilik asrama tersebut.

Dalam kejadian itu, seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Tujuh suspek yang ditahan berhubung kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah disambung reman tujuh hari lagi.
  • KUALA LUMPUR - Seorang individu yang dipercayai antara suspek kes kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah, Jalan Keramat Hujung, di sini dilihat dibawa ke lokasi kejadian kira-kira jam 11.50 pagi tadi.
  • PUTRAJAYA - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said melahirkan rasa terkejut apabila mendapati suspek kes kebakaran pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah merupakan remaja di bawah umur 18 tahun.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lagi pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) susulan kebakaran pusat itu Khamis lepas dibenarkan pulang, malam ini.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah membuat laporan polis bagi menjalankan siasatan dalaman berhubung kebocoran maklumat mengenai penahanan suspek kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Jalan Keramat Hujung di sini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.