KUANTAN - Seorang Pegawai Perhutanan Daerah Jerantut dan isteri antara lima individu yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung penerimaan dan pemberian rasuah berkaitan aktiviti pembalakan haram di Jerantut.

Suspek berusia dalam lingkungan 40 hingga 50 tahun dibawa ke mahkamah hari ini untuk perintah reman.

Majistret Tengku Eliana  Tuan Kamaruzaman  membenarkan permohonan reman selama 6 hari bermula hari ini sehingga 17 September depan.

Permohonan reman dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya SPRM, Mohd Fadly Mohd Zamri.

Kesemua suspek ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 17 (a) dan Sekyen 16 (a) (B) Akta SPRM 2009.

Kesemua mereka ditahan dalam operasi serentak yang dilancarkan di beberapa lokasi di Pahang semalam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersedia memberi kerjasama dan komitmen sepenuhnya kepada Jabatan Integriti dan Tadbir Urus Negara (JITN) bagi memastikan tadbir urus agensi kerajaan bebas daripada isu penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.
  • SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) didakwa melakukan sikap dwi-standard dalam isu projek terowong dasar laut di Pulau Pinang.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan yang dibuat Naib Presiden Warisan, Peter Anthony berhubung ditanya tentang kekuatan parti itu ketika ditahan reman SPRM.
  • KAJANG - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan meneruskan serbuan di beberapa lagi lokasi di Pulau Pinang berhubung isu siasatan projek terowong dasar laut bernilai RM15 bilion.
  • GEORGETOWN - Siasatan SPRM berhubung kajian terowong dasar laut di Pulau Pinang kini melibatkan proses pembidaan yang dijalankan untuk melantik syarikat bagi tujuan menjalankan kajian kebolehlaksanaan terowong dasar laut itu.