GEORGETOWN - Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kong Meng berkata Tan Chin Siang, 43, ditemui mati oleh pegawai penjara pada pukul 9.30 malam.

"Suspek telah dibicara di Mahkamah George Town di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya semalam dan sepatutnya dihantar ke penjara  Jawi hari ini," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata kes itu diklasifikasi sebagai kematian mengejut dan mayat lelaki itu telah dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau  Pinang untuk bedah siasat. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI BULOH - Seorang kontraktor meminta pihak berkuasa menyiasat semula punca kematian anak lelakinya yang sedang menjalani hukuman penjara selepas disahkan meninggal dunia akibat jangkitan di bahagian dada di Hospital Sungai Buloh pada Isnin lepas.
  • LUMUT - Bangkai seekor anak ikan lumba-lumba seberat 5 kilogram ditemui terdampar dalam keadaan luka di ekor dan perut terburai di Pangkalan Baru Marina Island di sini, hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Berang kerana barang kegunaan untuk beribadat yang dibeli tidak diterimanya, seorang lelaki ditemui mati dipercayai dibelasah.
  • KUALA LUMPUR - Lelaki warga Indonesia ditemui mati dengan kesan tetakan dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Wangsa Maju, dekat sini, malam tadi.
  • LANGKAWI - Polis tidak menolak kemungkinan kebakaran sebuah pondok pengawal sehingga menyebabkan kematian seorang kanak-kanak lelaki di sini awal pagi ini sebagai satu perbuatan khianat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.