$entry.content.caption.value
SHAH ALAM - Seorang lelaki mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam, atas tuduhan menipu dengan mengeluarkan dokumen palsu di Taman Mas Sepang, kira-kira tiga tahun lalu.
Shahrin Ahmad, 45, yang bekerja sendiri, didakwa memperdaya B Rathana Veloo dengan mengeluarkan dokumen itu yang didakwa diluluskan oleh Majlis Perbandaran Sepang, pada 6 September 2009 di Mukim Dengkil, Taman Mas, Sepang.
Perbuatannya itu didakwa telah mendorong Rathana Veloo untuk menyerahkan wang tunai sebanyak RM10,000 kepadanya.
Pertuduhan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Asma Nadiah Abdul Rahman mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan sebat serta boleh didenda, jika sabit kesalahan.
Hakim, Aslam Zainuddin membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM8000 oleh seorang penjamin dan menetapkan tarikh perbicaraan pada 22 Mac depan.
Tertuduh diwakili Peguam, Mohd Hisham Mohd Nen.





