ALOR SETAR - Seorang lelaki cedera di beberapa bahagian badan akibat ditetak dengan parang oleh dua lelaki yang datang ke tempatnya berniaga di Jalan Tun Razak di sini.
Dalam kejadian kira-kira 5 petang semalam, Khairil Ezzuan Nasidan, 26, mengalami kecederaan di kepala, tangan kiri dan telinga kanan akibat dilibas oleh seorang daripada suspek.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Adzaman Mohd Jan berkata ketika kejadian, Khairil Ezzuan baru sahaja sampai di situ untuk berniaga ayam panggang sebelum dia didatangi oleh dua lelaki bermotosikal.
"Kedua-dua suspek terus menyerang mangsa dan mangsa cuba melarikan diri. Ketika dia cuba melarikan diri, suspek telah melibas parang dan terkena pada kepalanya," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau berkata seorang suspek dapat ditangkap oleh orang awam yang berada di kawasan itu manakala suspek utama melarikan diri dengan sebuah motosikal.
"Difahamkan mangsa baru pertama kali berniaga di situ dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. - Bernama
Lelaki cedera ditetak dua lelaki
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Himpunan Sabtu ini tak penuhi syarat
- Polis: Henti spekulasi gambar Adam Adli bergari
- Nasib Pathma, tiga pekerja diketahui esok
- Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol
- Ops Sayang : Bilik rahsia terbongkar
- 'Si Tanggang Moden' diarah mohon maaf secara terbuka
- Pelancong Malaysia meninggal dunia ketika melancong di Jogjakarta
- Pathma ugut bunuh diri jika kes Sosilawati bocor
- Desak siasat terperinci
- Mayat wanita ditemui dalam rumahnya
- Polis sahkan wartawan dipukul di perhimpunan lilin pelajar USM
- Nirmala Bonat: Hukuman penjara 12 tahun kekal
- Kes 'Tuhan Harun' diteruskan 6 Jun
- Kakitangan IPT antara ditahan palsukan penyata gaji
- Pemandu bas mengaku tidak bersalah rogol budak 13 tahun
- SMS terakhir sebelum maut
- Mahkamah akan putuskan keperluan JPJ proses pemeriksaan, pindah milik kenderaan
- Pengasuh mengaku tidak bersalah cederakan bayi 7 bulan
- Hudud: Pas-DAP sudah ada titik persamaan, kata Hadi
- Tiga rakan karib maut




