SEREMBAN - Seorang lelaki berdepan 44 pertuduhan di Mahkamah Majistret Seremban, di sini, hari ini  atas dakwaan melakukan penipuan dalam urusan pelaburan tidak wujud membabitkan amaun berjumlah kira-kira RM68,000 antara Mac dan Jun lalu.

S Aravind Singh, 23, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kesemua pertuduhan berkenaan yang dibacakan di hadapan Majistret, Mohd Zaki Abd Rahman dan minta dibicarakan.

Dia didakwa memperdayakan V Vekneswaran, 26, dan D Dievendran, 28, supaya menyerahkan wang ke dalam akaun bank CIMB miliknya sendiri untuk tujuan pelaburan Focus Capital Growth yang tidak wujud. 

Sepanjang tempoh tersebut, amaun minimum dimasukkan oleh kedua-dua mangsa di Seremban dan Nilai adalah sekitar RM100 manakala amaun maksimum mencecah RM5,000. 

Jika sabit kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara minimum setahun dan maksimum 10 tahun, termasuk sebat dan denda bagi setiap pertuduhan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azriff Firdaus Mohamad Ali sebelum itu memohon mahkamah mempertimbangkan jaminan sebanyak RM3,000 bagi setiap pertuduhan.

Beliau turut memohon satu tarikh sebutan dalam tempoh sebulan untuk mendapatkan pengesahan daripada unit forensik dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).  

Bagaimanapun tertuduh yang diwakili peguam, S Karthigesan merayu agar diberikan amaun jaminan paling minimum atas beberapa alasan.

Antara hujahnya, jaminan tidak sepatutnya bersifat menghukum atau menyukarkan tertuduh kerana tujuannya untuk memastikan kehadiran tertuduh ke mahkamah.

Selain itu, pertuduhan yang dibuat dengan ketiadaan laporan forensik dan dianggap tidak lengkap juga menjadi salah satu faktor untuk dipertimbangkan.

Namun, Mohamad Azriff Firdaus menyangkalnya dengan menyatakan bahawa laporan forensik hanya untuk hitam putih sebelum perbicaraan dimulakan.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin dengan amaun berjumlah RM32,000 dan kes akan disebut semula pada 13 Oktober depan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • MELAKA - Polis Melaka meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes penipuan penjualan langsir yang menjadi tular di laman sosial sebelum ini agar menyalurkan maklumat bagi mengesan suspek terbabit.
  • MUAR - Mahkmah Majistret Muar membenarkan tempoh tahanan reman terhadap seorang pelakon dan ahli perniagaan bagi menyiasat kes berkaitan hartanah.
  • KUALA LUMPUR - Pengarah Urusan DBI Properties yang berpangkat Datuk ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penipuan jualan rumah yang dilakukan syarikat terbabit yang mencatatkan kerugian RM6.2 juta.
  • IPOH - Seorang pekerja kilang warga Bangladesh ditemui rentung dalam kebakaran kilang pemprosesan kotak di Ringlet, Cameron Highlands awal pagi tadi.
  • KOTA BHARU - Dua lelaki ditahan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan (JPNK) kerana disyaki menggali emas secara haram di Hutan Simpan Kekal (HSK) Gunung Stong Selatan, Tanah Merah, dua hari lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.