KUALA LUMPUR - Lebih 550 pempamer aeroangkasa dan maritim dari 36 negara menyertai Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2017 yang bermula esok.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata Lima'17 menjanjikan penglibatan lebih bermakna sektor maritim dan penerbangan menerusi pembabitan secara langsung sektor komersial yang lebih besar.

Kementerian Pengangkutan akan membawa 31 jabatan, agensi dan pemain industri ke  Lima'17 bagi menyediakan gambaran menyeluruh akan industri pengangkutan di negara ini serta peranan kementerian sebagai pemudah cara industri, katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam perkembangan lain, Liow berkata kementerian itu akan menganjurkan edisi kedua Sidang Kemuncak Penerbangan Asean bertemakan 'Global Sustainable Green Aviation' (Penerbangan Hijau yang Mampan Global).

Sidang kemuncak yang dianjurkan bersama Jabatan Penerbangan Awam itu dijangka disertai lebih 250 perwakilan tempatan dan antarabangsa, katanya.

Penganjuran sidang kemuncak itu juga tepat pada masanya susulan penerimaan Global Market-Based Measures oleh Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) pada sesi ke-39 perhimpunan agung ICAO baru-baru ini.

Antara penceramah utama pada sidang kemuncak itu ialah Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Aireen Omar dan Ketua Pengarah Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Singapura Kevin Shum. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LANGKAWI - Kerja-kerja menaik taraf helikopter Sikorsky S61A-4 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) atau lebih dikenali sebagai Nuri, mendapat sentuhan kaum hawa apabila dua jurutera avionik yang ditugaskan untuk kerja-kerja itu ialah wanita.
  • LANGKAWI - Pasukan aerobatik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menerbangkan pesawat Sukhoi SU-30MKM hanya menjalani latihan kurang sebulan sebagai persiapan mempamerkan aksi menarik pada Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (Lima '17).
  • LANGKAWI - Buat pertama kalinya, pasukan Aerobatik Tentera Nasional Indonesia, Jupiter dan Black Eagles dari Korea Selatan membuat penerbangan bersama 'friendship fly' sekali gus menghidupkan ruang angkasa sempena Pameran Maritim dan Udara Antarabangsa Langkawi 2017 (Lima '17) yang dibuka kepada umum hari ini.
  • LANGKAWI - Penyertaan belia dalam pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (Lima'17) tahun ini memainkan peranan penting dalam membentuk masa depan industri pengangkutan dan pertahanan selaras dengan dasar Transformasi Nasional 2050 (TN50).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.