KUALA LUMPUR - Lebih 20 pelajar dan guru disahkan maut dalam kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat, pagi tadi.

Pihak Bomba memaklumkan kejadian berlaku kira-kira jam 5.45 pagi.

Difahamkan, kebakaran berlaku di bilik tidur pusat tahfiz berkenaan.

Mangsa kritikal sehingga kini adalah tiga lelaki dan dua mangsa dirawat di Yellow Zone Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Keadaan semasa di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat. - Foto Sinar Harian

Pada masa ini mayat semua mangsa dilaporkan masih berada di lokasi kejadian.

Unit Forensik, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur pada masa ini masih menjalankan siasatan bagi mengenalpasti punca sebenar.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.