GEORGETOWN - Lebih 10 kawasan di Pulau Pinang ditengelami air selepas hujan lebat dan angin kencang yang berlarutan sejak jam 7 malam tadi.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, antara kawasan yang terlibat adalah, Lorong Batu Lanchang, Jalan P. Ramlee, Sungai Pinang, Jalan Taman Free School, Jalan Bukit Relau, Sungai Ara, Paya Terubong, Greenlane, Jalan Masjid Negeri, Sungai Nibong, Bukit Jambul dan Farlim.

Katanya, keadaan banjir kilat ini turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di beberapa jalan utama.

"Namun sehingga kini tiada laporan kemusnahan harta-benda atau kemalangan jiwa diterima berikutan bencana tersebut," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati air di Jalan P.Ramlee telah naik setinggi kira-kira 0.3 meter tetapi difahamkan tiada pusat pemindahan dibuka setakat ini bagi menempatkan mangsa yang terjejas akibat banjir kilat. - Bernama

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.