IPOH – Polis meminta kerjasama semua pengguna jalan raya supaya tidak meletakkan kenderaan di kawasan larangan terutama di bahu jalan di Cameron Highlands bagi mengelak kesesakan teruk sempena Tahun Baharu Cina, pada Jumaat dan Sabtu ini.

Ketua Polis Daerah Cameron Highlands DSP Hasadid A Hamid berkata, ia berikutan pusat peranginan itu dijangka mengalami peningkatan berganda kenderaan yang mengakibatkan jalan padat dan sesak di kawasan berkenaan.

Beliau berkata lokasi dijangka mengalami kesesakan adalah di sekitar kawasan Kea Farm, pekan Brinchang dan pekan Tanah Rata yang merupakan kawasan tumpuan pelancong serta berhampiran jalan utama.

“Penunggang atau pemandu dinasihatkan sentiasa berhemah dan berwaspada, memerhatikan dengan cermat pengguna jalan raya lain serta tidak menjadi punca berlakunya kesesakan dan mengelak kemungkinan terlibat kemalangan.

“Pengguna jalan raya juga dinasihatkan mematuhi had laju yang dibenarkan dan tidak memotong barisan. Polis akan menjalankan penguatkuasaan sepenuhnya dan toleransi sifar atas  kesalahan ini,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hasadid berkata bagi penunggang motosikal yang berkonvoi perlu mengikut undang-undang dan tiada perkhidmatan ‘marshall’ dibenarkan bagi tujuan iringan atau menahan kereta.

Beliau juga meminta pengunjung yang pertama kali ke Cameron Highlands supaya peka dengan papan isyarat lalu lintas di sekitar Pekan Brinchang.

“Laluan berkenaan dijadikan laluan sehala bagi melancarkan lagi pergerakan kenderaan.

“Pelancong mahupun orang tempatan diminta mematuhi laluan sehala berkenaan dan tidak memandu atau menunggang melawan arus untuk mengelak risiko berlaku kemalangan,” katanya. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Seorang operator mesin cetak ditahan selepas dipercayai memiliki 6 gram (g) syabu dan 3g pil kuda dalam serbuan di sebuah premis di Jalan Abdul Kadir Adabi, di sini.
  • BUKIT MERTAJAM - Mayat bayi berusia 46 hari, yang meninggal dunia dipercayai akibat didera anggota keluarganya di rumah mereka di Kampung Tok Panjang, Bukit Tengah, masih ditempatkan di Unit Forensik Hospital Seberang Jaya (HSJ).
  • ISKANDAR PUTERI - Pasukan Tindak Khas Op Lejang Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal sekitar Gelang Patah, Skudai dan Tanjung Kupang susulan penahanan 12 lelaki dari Geng Wan Joi dan Geng Pulai Emas yang dipercayai terlibat dalam 36 kes.
  • AMPANG - Beroperasi dengan menjalankan kegiatan perjudian atas talian di kawasan apartment untuk mengelak daripada mudah dihidu pihak berkuasa.
  • KUALA LUMPUR - Polis menahan 67 individu termasuk warga asing di Pasar Borong Kuala Lumpur dalam Operasi Bersepadu bagi membasmi masalah penyalahgunaan dadah dan pendatang asing tanpai izin (pati).