AUTA

SATU kenyataan yang tersebar melalui aplikasi WhatsApp mendakwa seorang wanita diserang dua lelaki  menggunakan penyembur lada  dalam  kejadian di sebuah bank berhampiran Ampang Point.

Akibat kejadian tersebut, mangsa mengalami bengkak di mata dan dirawat oleh pusat pakar mata.

Viral yang tersebar sejak beberapa hari lalu itu turut mendakwa kereta mangsa turut dilarikan suspek berkenaan, bagaimanapun, dapat dikesan semula melalui jejakan sistem navigasi kenderaan (GPS).


FAKTA

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairuldin Saad berkata, sehingga kini pihaknya masih belum menerima sebarang laporan mengenai kejadian terbabit.

“Jika benar berlaku kejadian tersebut, mangsa perlu tampil ke balai untuk membuat laporan polis. Ini penting bagi kita untuk menyiasat dengan terperinci.

“Apabila terjadi sesuatu insiden, laporan polis wajib dibuat. Tapi, ini masih tiada laporan dan kita tidak tahu sama ada kejadian itu benar berlaku atau sebaliknya,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KADAR bayaran kompaun yang dikenakan kepada pengguna kenderaan yang lewat memperbaharui lesen memandu yang telah tamat tempoh kini kembali tular menerusi aplikasi WhatsApp.
  • Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat mengesahkan tular kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun di Batu Tiga diculik adalah palsu.
  • SHAH ALAM - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi akaun Facebook dan disahkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM), memaklumkan tidak ada kod sekuriti dengan cara memasukkan nombor pin terbalik pernah diwujudkan bagi menjamin keselamatan pengguna mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM).
  • TERSEBAR viral di laman sosial mengatakan terdapat taktik terbaru penjenayah untuk merompak rumah tertentu.
  • SELEPAS disahkan palsu tahun lalu, Majlis Jom Nikah didakwa anjuran Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus kini sekali lagi disebarkan secara meluas menerusi media sosial serta aplikasi WhatsApp.