KUALA LUMPUR - Seramai kira-kira 500 orang peserta Himpunan Jurusalem Bukan Hak Zionis Israel berhimpun bagi menyatakan bantahan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Peserta mula berhimpun seawal jam 12 tengah hari di Menara Tabung Haji dan mula berarak menuju ke Kedutaan Amerika Syarikat sekitar jam 2 petang selepas solat Jumaat.

Perarakan tersebut disambut dengan laungan Allahuakbar dan Hidup Palestin oleh para peserta yang turut membawa sepanduk bagi menyatakan bantahan terhadap pengiktirafan tersebut.

Dalam pada itu, antara pemimpin yang turut serta dalam himpunan tersebut adalah, Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden Amanah, Mohamad Sabu; Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub; Naib Presiden Amanah, Mujahid Yusof Rawa; Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad; Naib Presiden PKR, Tian Chua dan beberapa pemimpin utama pembangkang yang lain.

AKAN MENYUSUL

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • LUMUT - Kesediaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghantar ketenteraan ke Baitulmaqdis bukanlah untuk berperang sebaliknya untuk memastikan keamanan dan kestabilan negara itu terjamin.
  • GEORGETOWN - Slogan, Hidup Islam! Hancur Zionis! bergema di pekarangan Masjid Kapitan Keling, di sini sebagai tanda bantahan seluruh umat Islam terhadap pengisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel oleh Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump.