SEJAK 15 tahun lalu, David Christopher atau lebih dikenali Uncle David menjual perhiasan dan mainan di sudut ibu kota Kuala Lumpur di luar sebuah bank setiap hari untuk menampung kehidupan.

Namun rutin jualannya berdepan situasi sukar gara-gara ditipu oleh seorang lelaki.

"Seorang lelaki menempah 250 mainan dengan saya.

"Saya memberitahu untuk datang sendiri dan mengambil tempahan itu, saya menyimpan tempahan itu namun dia tidak memunculkan diri," kata David dipetik BBC.

Kata David, susulan kejadian itu dia menghadapi masalah kerana terpaksa menjual kesemua mainan yang diambil dari pemborong itu sendiri, namun bernasib baik apabila seorang yang mengetahui masalah yang dihadapinya itu dan menghebahkannya di Facebook.

Melalui laman Facebook, Blogger Vivian Tok memuat naik status mengesa rakyat Malaysia membantu penjaja jalanan warga emas itu dengan membeli mainan-mainan yang dijualnya.

"Kepada sesiapa yang suka bermain Pokemon Go, jangan hanya buang masa dengan bermain permainan itu sahaja, ayuh bantu Uncle David.

"Seseorang telah menempah 250 mainan Pokemon daripadanya namun tidak memunculkan diri mengambil tempahan itu.

"Sekarang Uncle David terpaksa menjual kesemua mainan itu dan berdepan kesukaran menghabiskan stok berkenaan. Sila kongsi posting ini dan bantu dia," tulis Vivian.

Cerita kesukaran Uncle David menjadi viral dan mengundang simpati netizen.

Ramai berkongsi lokasi warga emas itu dan menggesa orang ramai untuk sama-sama membeli mainan dari lelaki itu.

"Sambutan yang hebat. Dalam tempoh dua jam, 190 mainan berjaya dijual," kata  David sambil menambah dia amat menghargai sokongan orang ramai.

"Jika orang mahu menipu, saya tidak boleh berbuat apa-apa Tetapi saya mengucapkan terima kasih kepada media sosial kerana ia membantu meningkatkan jualan saya dan saya berterima kasih kepada semua orang yang datang,"ujarnya

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota seperti ditularkan di media sosial hari ini.
  • PUCHONG - Polis menahan enam lelaki yang bergaduh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di sini, semalam.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • LAGI cerita samseng jalanan yang tular di media sosial, semalam. Melalui satu perkongsian seorang pelayar wanita di laman Facebook, menceritakan detik cemas apabila kenderaan dipandunya, dihimpit empat kereta di Lebuhraya Utara Selatan.
  • MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak ‘Korean/Hallyu Wave’ mula melanda negara dan ia masih menjadi kegilaan khususnya dalam kalangan remaja.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.