SHAH ALAM - Ketua Setiausaha Kementerian Luar Bandar dan Wilayah yang pernah ditahan dan disiasat oleh SPRM pada bulan lalu dijangka akan dituduh esok atas kesalahan bersubahat dengan anaknya dan meminta rasuah.

Sumber memberitahu, turut akan dituduh esok ialah anaknya yang berusia 35 tahun atas kesalahan meminta rasuah untuk dirinya dan ayahnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Reman tamat, KSU, anak dibebaskan]

Kedua-duanya ditangkap hari ini dan dijangka akan dituduh di dua mahkamah esok iaitu di Mahkamah Jalan Duta dan Mahkamah Shah Alam.

KSU yang bergelar Datuk itu dan anaknya ditangkap kira-kira jam 10.30 pagi di pejabat SPRM Kedah.

Difahamkan KSU tersebut akan dituduh mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM manakala anak akan dituduh mengikut seksyen 16(a)(B) Akta SPRM dan seksyen 16(a)(A) Akta SPRM.

Sebelum ini, kedua-duanya pernah ditangkap dan disiasat SPRM  kerana disyaki telah menyalahgunakan kuasa jawatan dan kedudukan KSU tersebut bagi tujuan menerima rasuah sejak tahun 2010.

Mengikut siasatan yang dijalankan, KSU terbabit dipercayai telah menganugerahkan kontrak-kontrak kepada mereka yang berkepentingan sejak dilantik sebagai pegawai kerajaan negeri bermula tahun 2010.  

 

 


 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Polis sedang mengesan seorang lelaki berusia lingkungan 30-an yang dipercayai melepaskan satu das tembakan di tempat awam dalam kejadian di Jalan Telok Bunut, Banting awal pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Timbalan Pengetua di sebuah Maktab Rendah Sains Mara dan anaknya direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung penyalahgunaan kuasa dalam kerja pembekalan keperluan pelajar bernilai RM79,000.
  • SHAH ALAM - Bekas Presiden Majlis Peguam Malaysia, Datuk S Ambiga disiasat polis di bawah Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam.
  • SHAH ALAM - Bekas kakitangan Pejabat Menteri Besar Selangor yang ditahan semalam direman tiga hari bagi membantu siasatan kes rasuah dan salah guna kuasa dalam pemberian projek membekal cenderahati ke pejabat Menteri Besar Selangor membabitkan RM16,566 tahun lalu.
  • SHAH ALAM - Seorang anggota polis yang bertugas bagi kes pembunuhan abang tiri Presiden Korea Utara, Kim Jong Nam pengsan selepas terperangkap 20 minit di dalam lift bangunan utama Mahkamah Tinggi Shah Alam.