KUALA LUMPUR - Kren yang tumbang di kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Dataran Ukay di sini pagi tadi, telah dialihkan sepenuhnya.

Jurucakap Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (ProLintas) berkata,  kren berkenaan dialihkan pada jam 8.50 malam ini dan diletakkan di tepi bahu jalan.

"Laluan yang terjejas telah dibuka semula manakala aliran trafik kembali terkawal seperti sedia kala," katanya ketika dihubungi Bernama.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kren tumbang: Lelaki cedera, MRR2 sesak teruk]

[ARTIKEL BERKAITAN: Kren tumbang: Jangan ambil gambar teruskan perjalanan]

Kren berkenaan tumbang di tapak projek SUKE di laluan MRR2 dari arah Ulu Klang ke Ampang pada jam 9.58 pagi tadi menyebabkan ramai pengguna terkandas beberapa jam dalam kesesakan lalu lintas yang teruk. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sikap pengguna jalan raya yang memberhentikan kenderaan di bahu jalan untuk merakam gambar di tempat kejadian kren tumbang di Kilometer 25.2, Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) memburukkan lagi kesesakan lalu lintas di kawasan berkenaan.
  • SHAH ALAM - Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Selangor telah mengarahkan kerja-kerja di sebuah tapak binaan di Seksyen 7 di sini dihentikan serta merta bagi membolehkan siasatan berhubung kemalangan yang mengorbankan seorang pekerja asing warga Indonesia awal hari ini.
  • MARAN - Tindakan tegas akan dikenakan terhadap mereka yang bertanggungjawab jika terdapat unsur kecuaian atau perlanggaran peraturan dalam kejadian kren tumbang di tapak pembinaan Pangsapuri Legasi Kampung Baru di Kuala Lumpur semalam.
  • KUALA LUMPUR - Seorang lelaki cedera selepas sebuah kren tumbang menghempap sebuah lori di tapak projek syarikat janakuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), Manjung 5 Sdn Bhd, Manjung, Perak hari ini.