ALOR SETAR - Tiga cedera, manakala lebih 35 rumah rosak selepas angin kuat melanda tiga kawasan di daerah Kota Setar, petang tadi.

Dua daripada tiga mangsa yang cedera adalah dari Taman Inang terkena serpihan kaca daripada pintu dan seorang kanak-kanak difahamkan cedera ketika memancing di tengah sawah di kawasan berkenaan.

Seorang lagi mangsa tercedera di bahagian badan dan tangan  akibat  terkena serpihan atap zink rumah yang di bawa angin di Kampung Sungai Baru.

Berikutan kejadian angin kuat pokok-pokok landskap berhampiran rumah penduduk dan di tepi jalan utama juga tumbang. Setakat ini tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Antara kampung yang terlibat ialah Kampung Batin, Taman Mergong Jaya Fasa Satu, Taman Inang dan Kampung Sungai Baru.

Fenomena pusaran angin bersaiz sederhana seakan ‘puting beliung’ itu jelas kelihatan daripada beberapa kawasan, dipercayai bermula dari kawasan Sungai Baru menghala ke Mergong.

Fenomena alam yang berlaku buat kali kedua itu, selepas Pendang pada 14 Oktober lalu menyebabkan orang ramai merakamkan kejadian dan menjadi viral di laman Facebook.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEBERANG JAYA - Tiga rumah rosak teruk akibat terkena letupan dipercayai mercun kelapa yang dilemparkan ke halaman sebuah rumah teres di sini pagi tadi.
  • ALOR SETAR - [Dikemaskini] Sekurang-kurangnya 25 buah rumah dan empat rumah kedai di Kampung Sungai Nonang, Simpang Empat Kangkung dekat sini rosak akibat dilanda puting beliung petang tadi.
  • ALOR SETAR - "Saya, anak saya dan beberapa orang jiran berpaut pada tiang rumah saya agar kami tidak ditolak pusaran angin kuat," demikian kata seorang penduduk Kampung Mergong Hilir yang mengalami kejadian angin puting beliung yang melanda beberapa kawasan di Daerah Kota Setar petang semalam.
  • PENDANG - [DIKEMASKINI] Sekurang-kurangnya 10 buah rumah dan sebuah sekolah rendah di Kampung Alor Besar di sini mengalami kerosakan teruk setelah dilanda puting beliung kira-kira 4.30 petang tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.