BANDARAYA MELAKA - Seorang anggota tentera berpangkat koperal didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas 79 pertuduhan menyalahgunakan harta Pusat Latihan Peperangan Khusus (Pulpak) berjumlah RM50,238.10 pada tahun lalu.

Tertuduh, Musa Md. Dawi, 27, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kesemua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Norma Ismail.

Mengikut kertas pertuduhan, anggota keselamatan itu didakwa dengan curangnya menyalahgunakan harta iaitu peruntukan pembayaran Pulpak dengan mencipta bayaran baucar yang berjumlah RM50,238.10.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di Pejabat Belanjawan Pulpak, Kem Sungai Udang, Alor Gajah pada 25 April 2016 hingga 1 Julai tahun sama.

Sabit kesalahan, Musa boleh dihukum penjara sehingga 5 tahun, sebatan dan denda di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.  

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ong Cheng Hian manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Norma membenarkan Musa diikat jamin sebanyak RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 19 Jun ini untuk sebutan semula kes.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT KAYU HITAM - Agensi Keselamatan Sempadan (AKSEM) Kedah menahan seorang pesara tentera bersama sebuah lori yang membawa muatan 32,000 liter diesel Khamis lalu, kerana menyalahgunakan permit dan dokumen penghantaran minyak.
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa tiada keputusan dibuat Ahli Lembaga Pengarah Institut Profesional Baitulmal (IPB) untuk menyiasat Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Syed Omar Syed Agil selepas beliau mendakwa berlaku salah urus kewangan dalam IPB.
  • KUALA LUMPUR - Akibat menggunakan wang deposit jualan kereta milik orang lain untuk membayar hutang, seorang lelaki hari ini dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini.
  • SRI PETALING - Bekas Ahli DAP, Tony Tan Chee Chong dan Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin, Ramesh Rao hari ini membuat satu laporan polis ke atas...
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.