KUCHING - Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem,72, dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Menerusi Twitter Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menzahirkan ucapan takziah di atas pemergian Allahyarham.

"Takziah kepada Puan Sri Jamilah kepada keluarga dan rakyat negeri Sarawak atas kembalinya ke rahmatullah Ketua Menteri TS Adenan Satem,". Al-Fatihah," tulisnyaAdenan yang juga merupakan Adun Tanjung Datu dilantik sebagai ketua menteri pada 28 Februari 2014 mengantikan Tan Sri Abdul Taib Mahmud, selepas Abdul Taib  mengemukakan peletakan jawatannya pada 11 Februari  tahun tersebut, selepas mengemudi Sarawak selama 33 tahun.

Sepanjang hidupnya, Adenan mencatatkan rekod yang cemerlang dalam karier politiknya, kerjaya politiknya bermula pada 1979 apabila beliau bertanding bagi kerusi Dun kawasan Muara Tuang dan berjaya memenangi kerusi berkenaan, bermula dari tahun tersebut, Adenan mencipta pelbagai rekod yang membanggakan.

Dilaporkan beliau memenangi kesemua kerusi negeri dan Parlimen sehinggalah kemuncaknya beliau diangkat menjadi Ketua Menteri.

Adenan mendapat pendidikan sehingga ke menara gading, beliau menamatkan pengajian dalam bidang undang-undang di Adelaide University, Australia.

Adenan sebelum menjadi Ketua Menteri, pernah bertugas sebagai guru,majistret, wartawan dan penasihat perundangan.

Sinar Harian melahirkan salam takziah buat keluarga Allahyarham. Al-Fatihah.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Karyawan terkenal, Wan Omar Wan Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sutung Umar RS meninggal dunia di kediamannya di Taman Seri Gombak di sini, kira-kira 5 petang tadi.
  • ALOR SETAR - Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (Mada), Md Zuki Ismail, 55, kembali ke rahmatullah di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), di sini, kira-kira jam 2 petang semalam.