KUALA LUMPUR - Sebanyak 11,368 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Had Laju yang dijalankan selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu di seluruh negara.

Ketua Penolong Pengarah Penguat kuasa Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman, Superintendan Mustafa Bakri Salleh berkata, saman yang dikeluarkan melibatkan kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan tiada lesen memandu.

Beliau berkata, kesalahan tidak mematuhi had laju yang ditetapkan di lebuh raya adalah kesalahan paling banyak dilakukan pengguna.

"Kita dapati kesalahan had laju masih tinggi, biarpun pelbagai amaran dan peringatan diberikan, pengguna masih gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan di kawasan tertentu.

"Operasi ini khusus untuk mendidik pengguna jalan raya agar lebih berdisiplin," katanya dalam sidang media Ops Bersepadu Had Laju di sini, lewat malam tadi.

Mustafa Bakri berkata, Ops Bersepadu Had Laju itu disertai 64 pegawai dan 583 anggota daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Imigresen, Jabatan Alam Sekitar dan Plus.

"Operasi sebegini akan dilaksanakan setiap masa dan ia dapat mengurangkan kadar kemalangan maut," kata Mustafa Bakri.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebentar tadi membatalkan saman difailkan Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan kerajaan Malaysia berhubung dakwaan terlibat dalam salah laku pentadbiran awam serta kerajaan membabitkan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  • KUALA LUMPUR - Permohonan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan tiga pihak lagi bagi membatalkan saman difailkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Zaid Ibrahim akan diketahui 23 November depan.
  • PUTRAJAYA - Saman dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia Nik Nazmi Nik Ahmad terhadap bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan kerajaan Malaysia berhubung pendakwaan berniat jahat susulan penahanannya sebanyak dua kali bagi kesalahan sama, akan dibicarakan pada 16 dan 17 Oktober.
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • PUTRAJAYA - Seorang taikun dan dua bekas menteri kabinet antara 23 individu yang akan dinamakan sebagai satu pihak dalam saman sivil Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) terhadap bekas pengurus besarnya Datin Paduka Phang Oi Choo atau OC Phang.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.