GEORGETOWN - Kerja pembersihan laluan di sekitar kawasan runtuhan penebat kilat di Jalan Macalister di sini, akan diteruskan sehingga tengah malam ini sekalipun rasuk struktur penebat masih tergantung pada bangunan Menara Umno itu.
   
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat bagi mengelak masalah lain memandangkan keadaan tanah di kawasan berkenaan semakin mendap susulan paip bawah tanah yang pecah akibat dihempap runtuhan.
     
"Kalau ikut perancangan asal, kita mahu tunggu sisa rasuk yang masih tergantung di bangunan itu dialih dahulu baru nak jalankan kerja pembersihan kerana takut ia tiba-tiba jatuh.
   
"Tapi sekarang kita teruskan juga kerana bimbang tanah semakin mendap akibat paip bawah tanah pecah dan jika buat lewat struktur jalan akan bertambah rosak," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.
   
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif JKP Sdn Bhd Adzmi Ariffin berkata kren 10 tan yang disewa pihaknya untuk melakukan kerja mengalih rasuk itu tiba agak lewat kerana kontraktor terlibat perlu meninjau kawasan sekitar runtuhan sebelum membawa kren ke lokasi.

"Kita perlu menimbang dari setiap sudut sebelum membawa masuk kren itu ke dalam kawasan runtuhan bagi memudahkan kerja mengalih dilakukan," katanya.
   
Tinjauan Bernama mendapati kren itu hanya tiba pada pukul 7.00 malam ini dan setakat laporan ini ditulis, kerja mengeluarkan sisa konkrit yang jatuh di atas jalan sedang dilakukan.
   
Sementara itu Bernama difahamkan, bekalan air di sekitar Datuk Keramat, Kampung Jawa, Komtar dan Jalan Anson, yang terjejas akibat kejadian berkenaan dijangka berterusan sehingga esok. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Figura terkenal dan ikon berpengaruh seperti Neelofa sepatutnya berfikir 100 kali sebelum lancar koleksi terbaru tudung dan sambutan ulang tahun kelahiran ke-29 di sebuah kelab malam.
  • SHAH ALAM - Dutch Lady Malaysia mengesahkan semua produknya selamat dan memenuhi standard keselamatan makanan Malaysia serta antarabangsa.
  • PETALING JAYA - "Industri hiburan tanah air kini menjadi sasaran sindiket dadah kerana mengangapnya sebagai pasaran menarik," kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Nur Jazlan Mohamed.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mengumumkan dua inisiatif baharu untuk warga dan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) melalui pewujudan Amanah Saham Bumiputera Zulu (ASB-Z) dan Tabung Khas bagi Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (Bakat).
  • KUALA LUMPUR - Kren yang tumbang di kawasan pembinaan Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) di Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) berhampiran Dataran Ukay di sini pagi tadi, telah dialihkan sepenuhnya.