KOTA BHARU - Padah merompak seorang wanita, seorang buruh dihukum penjara enam tahun oleh mahkamah sesyen, di sini, tadi.

Hukuman diputuskan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin selepas tertuduh, Zamli Mamat, 29, mengaku salah terhadap pertuduhan yang dikemukakan.

Tertuduh didakwa merompak Nazilah Hasbullah, 49, dengan melarikan kereta jenis Proton Iswara di Kampung Jerus, Selising, Pasir Puteh, pada jam 12.30 tengah, 4 November 2012.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya negeri, Siti Hajar Alias, manakala tertuduh diwakili peguam, Siti Syaerah Meor Zul-kefli Auni.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Seorang Penolong Penyelaras Majlis Kebajikan dan Sukan Anggota Kerajaan Malaysia (MAKSAK) diperintah menjalani bon berkelakuan baik oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini, selepas didapati bersalah merompak seorang kakitangannya tahun lepas.
  • RANTAU PANJANG - Seorang peniaga atas talian yang aktif live Facebook ditembak di betis kiri di pejabatnya di Banggol Kulim, malam tadi.
  • KOTA BHARU - [DIKEMASKINI] Padah mencabul anak saudara perempuan berusia tiga tahun, seorang penganggur dihukum penjara 24 tahun dan 14 sebatan di mahkamah sesyen, di sini, hari ini.
  • GUAR CHEMPEDAK - Dua pembantu sebuah farmasi di Guar Chempedak terpaksa melalui detik cemas apabila farmasi tempat mereka bekerja didatangi perompak bersenjata pisau Khamis lalu.