KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia memohon membatalkan saman difailkan bekas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menuntut supaya dibebaskan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Perkara itu dimaklumkan peguam Anwar, Melissa Sasidaran kepada pemberita selepas pengurusan kes di dalam kamar Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Erry Shariman Noor Arifin.

Prosiding itu dihadiri Peguam Kanan Persekutuan, Muhammad Azmi Mashud, mewakili kerajaan selaku defendan tunggal dalam saman tersebut. Mahkamah menetapkan 21 Julai untuk pengurusan kes.

Anwar selaku plaintif, memfailkan saman itu pada 17 April lalu, dengan menamakan Kerajaan Malaysia sebagai defendan.

Permohonan 12 Mei lalu, kerajaan memohon saman Anwar dibatal atas alasan ia menyalahgunakan proses mahkamah dan tiada klausa tindakan munasabah.

Kerajaan mendakwa, saman itu tidak sah dari segi perlembagaan dan ia berbaur hasutan.

Bekas Ketua Umum PKR itu mendakwa, sabitan bersalah ke atasnya di Mahkamah Rayuan diperoleh melalui penipuan Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Dakwanya, penipuan itu diteruskan di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan mengakibatkan Anwar disabit tuduhan.

Anwar menuntut keputusan Mahkamah Rayuan bertarikh 7 Mac 2014 dan keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 diketepikan atas sebab penipuan.

Anwar juga menuntut dilepas dan dibebaskan, selain kos dan relif lain sesuai.

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • PUTRAJAYA - Seorang taikun dan dua bekas menteri kabinet antara 23 individu yang akan dinamakan sebagai satu pihak dalam saman sivil Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) terhadap bekas pengurus besarnya Datin Paduka Phang Oi Choo atau OC Phang.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 11,368 saman dikeluarkan dalam Ops Bersepadu Had Laju yang dijalankan selama tiga hari sejak Khamis hingga Sabtu di seluruh negara.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 302 saman dikeluarkan manakala 20 motosikal disita polis dalam Op Tutup di Dataran Merdeka dan Jalan Raja Laut di sini, lewat malam tadi.
  • SHAH ALAM - Tindakan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian memfailkan saman terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia adalah tindak balas daripada kegagalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said menjalankan tanggungjawabnya.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.