KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menetapkan 27 Oktober ini untuk keputusan kes seorang penarik kereta yang berdepan pertuduhan membunuh pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (AmBank) Hussain Ahmad Najadi dan cuba membunuh isterinya, empat tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ab Karim Ab Rahman menetapkan tarikh itu itu selepas mendengar hujah Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Datuk Michael K.L Chee di akhir kes pembelaan.

Koong Swee Kwan, 48, didakwa membunuh Hussain, 75, di tempat letak kereta Tokong Cina Kuan Yin di No 4, Lorong Ceylon di sini antara 1.30 tengah hari dan 2 petang pada 29 Julai 2013 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori.

Koong juga berdepan pertuduhan cubaan membunuh Cheong Mei Kuen, 50, di tempat dan pada masa sama mengikut Seksyen 307(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun, jika sabit kesalahan.

Pada  5 Sept 2014, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Mohd Azman Husin menjatuhi hukuman gantung sampai mati terhadap Koong atas tuduhan membunuh Hussain dan hukuman penjara 18 tahun kerana didapati bersalah cuba membunuh Cheong.

Bagaimanapun pada 14 Dis 2016, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Zulkifli Ahmad Makinuddin mengetepikan sabitan dan hukuman gantung sampai mati terhadap Koong dan memerintahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Tinggi.

Dalam kejadian itu, Hussain maut manakala isterinya cedera parah setelah ditembak dari jarak dekat di kawasan parkir kereta sejurus keluar dari tokong berkenaan selepas berunding mengenai urusan perjanjian tanah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Dua lelaki yang dikehendaki polis berhubung satu kes dadah dan bunuh merupakan antara lapan individu ditahan dalam dua serbuan berasingan di Kota Tinggi, Rabu lepas.
  • KANGAR - Dua sahabat dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini, setelah didapati bersalah membunuh seorang lelaki dua tahun lalu.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan di sini hari ini menambah hukuman penjara kepada 15 tahun terhadap seorang operator pengeluaran wanita atas kesalahan menyebabkan kematian tanpa niat anak perempuan tirinya berumur empat tahun.
  • ROMPIN - Seorang lelaki warga tempatan dihadapkan di Mahkamah Majistret Rompin, di sini, atas pertuduhan membunuh seorang lelaki warga Indonesia pada 24 Oktober lalu.
  • TEMERLOH - Seorang pencuci kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret Temerloh di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang peniaga kedai makan yang juga sepupunya pada 21 Oktober lalu