SHAH ALAM - Polis Selangor menjalankan siasatan secara teliti dan menyeluruh berhubung kes kematian seorang penuntut Universiti Pertahanan  Nasional Malaysia (UPNM) yang meninggal dunia disyaki didera.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, proses siasatan berjalan dengan baik.

"Kita mengambil kira pelbagai sudut dan teliti pelbagai aspek agar siasatan berjalan dengan baik dan akan selesaikan kes ini secepat mungkin," katanya kepada Sinar Harian, hari ini.

Dalam pada itu, Fadzil memberitahu, tiada tangkapan terbaharu dibuat setakat ini, namun ia bergantung kepada siasatan.

"Sekiranya perlu ada penahanan lagi dibuat, kita akan laksanakannya untuk membantu siasatan," katanya.

Bagaimanapun, beliau eggan mendedahkan sama ada terdapat rampasan terhadap barang yang dipercayai digunakan dalam insiden terbabit kerana ia masih dalam siasatan.

Mangsa, Zulfarhan Osman Zulkarnain berusia 21 tahun merupakan mahasiswa tahun akhir UPNM disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Serdang kira-kira jam 10 malam semalam.

Terdahulu, seramai 36 mahasiswa Universiti Pertahanan  Nasional Malaysia (UPNM) dan Universiti Tenaga Nasional (Uniten) direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.