SHAH ALAM - “Ketika saman hendak dikeluarkan, lelaki itu menghulurkan duit untuk saya tidak saman,” kata seorang anggota berpangkat Lan Koperal Selvie Pensin, 33.

Dalam kejadian pada Februari lalu, beliau yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan Penguatkuasaan dan Siasatan Trafik KLIA2, Sepang sedang menjalankan tugas kawalan lalu lintas bersama tiga lagi anggota.

Dalam tugasan terbabit, dia dan anggota lain telah menahan sebuah kereta kerana lampu belakangnya yang tidak berfungsi.

“Kira-kira jam 9.12 pagi itu, bila kita minta pengenalan diri dan lesen memandu, pemandu kereta warganegara China itu tidak mahu memberikan kerjasama.

“Malah, lelaki itu telah menyoal kita kerana hendak memeriksa dokumen diri. Kemudian kita telah menerangkan kepada pemandu kereta berkenaan bahawa dia akan disaman atas kesalahan lampu belakang tidak berfungsi, namun semasa hendak keluarkan saman, pemandu itu memberikan RM50,” katanya selepas Majlis Penyampaian Surat Kepujian Kepada Anggota Polis Tolak Rasuah di IPK Selangor, hari ini.

Dia yang berasal dari Ranau, Sabah antara salah seorang daripada 18 anggota polis menerima surat kepujian.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah.

Mengulas lanjut, biar pun sudah diingatkan sebanyak tiga kali tindakan memberi sogokan adalah satu kesalahan, namun pemandu berusia 25 tahu itu tetap berdegil.

“Tindakan pemandu itu mengundang padah dan kita telah menahannya sebelum diserahkan ke SPRM Sepang kerana cuba memberi sogokan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Mohd Fuad Abdul Latif berkata, beliau sangat menitikberatkan isu integriti dan mereka (penerima) ini merupakan contoh dalam usaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) memerangi rasuah.

Katanya, tindakan ini wajar dijadikan contoh dan mesej kepada masyarakat supaya tidak memberi sogokan yang boleh menyebabkan mereka berisiko untuk ditangkap.

“Rasuah adalah satu perkara jijik kerana rasuah ini akan mencemarkan nama individu itu dan organisasi terbabit. Jadi, semua pihak harus memainkan peranan bagi menghindarkan diri dari gejala rasuah,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PETALING JAYA - Seorang kontraktor yang memuat naik status tidak puas hatinya terhadap saman yang dikeluarkan anggota polis trafik di Facebook (FB) sehingga menjadi tular, hari ini didenda RM4,000 atau penjara empat bulan oleh Mahkamah Majistret di sini.
  • PUTRAJAYA - Mahkamah Majistret Putrajaya hari ini mengeluarkan perintah tahanan reman ke atas empat individu termasuk seorang ketua eksekutif bergelar 'Datuk' yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu berkaitan kes penyelewengan dana kerajaan bernilai hampir RM40 juta.
  • PUTRAJAYA - Seorang taikun dan dua bekas menteri kabinet antara 23 individu yang akan dinamakan sebagai satu pihak dalam saman sivil Pihak Berkuasa Pelabuhan Klang (PKA) terhadap bekas pengurus besarnya Datin Paduka Phang Oi Choo atau OC Phang.
  • SHAH ALAM - Rakyat negara ini perlu memahatkan semangat patriotisme yang tinggi dan tidak goyah dengan ketamakan duniawi serta terjerumus ke dalam kancah jenayah rasuah serta salah guna kuasa.
  • GEORGETOWN - Ketua Menteri, Lim Guan Eng mengesahkan belum menerima surat rasmi daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung permohonan maaf terhadap kenyataannya yang dibuat Khamis lalu.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.