JOHOR BAHRU - Keluarga mangsa sindiket dadah,  Allahyarham Shyzlin Hathaman, 43 sebak dan sayu ketika menatap kali terakhir wajah jenazah yang tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin, di sini kira-kira jam 8.10 malam tadi, sebelum disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh.

Kakak kandungnya, Rushidah Hathaman, 57, tidak dapat menahan air mata ketika menatap wajah adiknya buat kali terakhir setelah mereka tidak bertemu sejak 17 tahun lalu.

Rushidah yang menetap di Singapura berkata, dia hanya mendapat tahu mengenai kematian adik bongsunya itu ketika menonton siaran berita pada minggu lalu.

"Saya dengan arwah tidak begitu rapat kerana sejak dari kecil sudah terpisah dengannya disebabkan ibu bapa tak dapat menampung adik-beradik yang ramai.

"Bila sudah dewasa, saya berusaha untuk mencari adik-beradik yang sudah terpisah. Saya berasa sebak kerana tidak dapat berjumpa dengannya buat kali terakhir," katanya.

Allahyarham Shyzlin menjadi mangsa sindiket dadah antarabangsa hingga dia terkandas di Lima, Peru sejak lapan tahun lalu dan menjalani hukuman penjara lebih empat tahun sebelum dibebaskan pada Mei lalu.

Bagaimanapun proses membawanya pulang semula ke Malaysia tergendala berikutan masalah kesihatan yang dialaminya.

[ ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Shyzlin selamat disemadikan ]

Dia dilaporkan meninggal dunia di sebuah hospital di negara Amerika Selatan itu selepas dimasukkan ke wad kerana komplikasi pelbagai penyakit.

Allahyarham selamat dikebumikan pada kira-kira jam 9.30 malam, tadi selepas jenazahnya tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA) jam 2.30 petang, tadi.

Sementara itu, Shaan Shah Mohd Nasir iaitu suami Allahyarham Norabdah Mahmood, 49 yang merupakan sepupu Shyzlin meluahkan rasa syukur dan lega kerana dapat menunaikan wasiat terakhir isterinya untuk membawa pulang Shyzlin ke tanah air.

Katanya, sejak Allahyarham Shyzlin tamat menjalani hukuman penjara selama empat tahun di Lima, Peru, mereka saling berhubungan menerusi WhatsApp untuk mencari ikhtiar membawanya pulang ke Malaysia.

"Syukur apabila amanat terakhir isteri saya untuk membawanya pulang ke tanah air termakbul walaupun mereka tidak sempat bertemu. Atas permintaan itu jugalah jenazah Shyzlin dikebumikan berdekatan dengan kubur isteri saya," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEPANG - Jenazah Allahyarhamah Syzlin Hataman, mangsa kepada sindiket pengedaran dadah antarabangsa di Peru telah selamat tiba di tanah air, kira-kira jam 2.30 petang hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Polis merampas dadah disyaki kokain seberat 4.8 kilogram bernilai kira-kira RM1.2 juta dan menahan lelaki warga Argentina di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada Isnin lepas.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.