KUALA LUMPUR - Kedutaan Korea Utara di sini masih lagi membisu, tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kes kematian Kim Jong-nam, abang pemimpin tertinggi Korea Utara Kim Jong-un, Isnin lepas.

Kumpulan media tempatan dan asing yang berkumpul sejak beberapa hari lepas di kedutaan itu di Bukit Damansara, hampa apabila Duta Kang Chol dan pegawai kedutaan yang keluar-masuk premis itu enggan melayani usaha media untuk mendapatkan kenyataan daripada mereka.

Terbaru, kenderaan rasmi yang membawa Kang Chol dilihat keluar dari kedutaan itu pada pukul 3.20 petang dipercayai untuk membawa beliau ke Institut Perubatan Forensik Negara, Hospital Kuala Lumpur, iaitu tempat proses bedah siasat Jong-nam dilakukan Rabu lepas.

Kumpulan media yang masih berada di luar kedutaan itu sekali lagi cuba mendapatkan reaksi Kang Chol termasuk mengetuk cermin kenderaan bagi menarik perhatian beliau tetapi gagal.

Jong-nam, yang hidup terasing daripada adiknya, dilaporkan berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) untuk menaiki penerbangan ke Macau apabila seorang wanita dikatakan menekup mukanya dengan kain yang mengandungi cecair beracun.

Jong-nam yang menggunakan nama Kim Chol, pada pasportnya, dilaporkan mati ketika dibawa ke hospital.

Setakat ini polis menahan dua wanita yang memiliki pasport asing dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes itu. – Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kes enam penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) yang didakwa membunuh dan bersubahat membunuh rakan seuniversiti mereka, Pegawai Kadet Laut Zulfarhan Osman Zulkarnain akan disebut di Mahkamah Tinggi pada 10 November ini.
  • MUAR - Polis tidak menolak motif cemburu menjadi punca perbalahan antara sepasang suami isteri sebelum lelaki berusia 28 tahun itu maut ditikam pasangannya yang berusia 18 tahun.
  • SHAH ALAM - Abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam dilihat berjalan terhincut-hincut beberapa minit selepas kejadian “serangan” di kios daftar masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2), Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu.
  • SHAH ALAM - Saksi perbicaraan kes bunuh Kim Chol atau Kim Jong-nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang daripada tertuduh, Siti Aisyah, dilihat melalui CCTV berlari ke arah tandas selepas 'menyerang’ mangsa.
  • SHAH ALAM - Wanita rakyat Vietnam yang menghadapi tuduhan membunuh abang pemimpin Korea Utara, Kim Chol atau Kim Jong-nam, didakwa ‘melakukan sesuatu’ kepada orang awam di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2) dua hari sebelum lelaki itu mati.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.