SHAH ALAM – [Video] Fatwa yang dikeluarkan oleh ulama terkenal dunia, Dr Yusuf Al-Qaradawi yang mengatakan gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan, termasuk di dalam produk makanan setelah ia ditransformasikan menjadi bahan yang lain mendapat sanggahan daripada pendakwah terkenal, Mohd Kazim Elias.

Mohd Kazim berkata, hukum melibatkan makanan haram dan halal merupakan isu yang besar dan tidak patut diperkecilkan oleh mana-mana pihak.

"Ni yang terbaru dia kata DNA babi halal dimakan, sebab dah diproses menjadi lain, dah pening kepala dah, dah keluar dah Facebook dah keluar dalam tulisan dia dah," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam harus berpegang teguh kepada ketetapan Islam yang digariskan oleh mazhab yang selama ini menjadi ikutan kepada Muslim di negara ini.

"Keempat-empat mazhab Islam berpegang teguh bahawa apa sahaja yang berkaitan dengan babi tidak boleh dimakan, setiap benda makanan haram yang masuk dalam badan akan jadi daging.

"Kalau makanan itu makanan haram, nerakalah tempatnya bagi kita, kalau makanan itu halal maka syurgalah tempatnya untuk kita," tambahnya.

Beliau dalam pada itu turut menjelaskan bahawa DNA yang terdapat dalam vaksin yang digunakan terhadap jemaah haji ialah DNA lembu, bukan DNA babi seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kalau Majlis Fatwa Perak dapat tahu vaksin DNA babi disuntik ke dalam badan jemaah haji, sudah lama Majlis Fatwa Perak keluarkan hukum haram ke atas jemaah haji yang mahu ke Makkah," tegasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BERUAS - Biarpun masih belum sihat sepenuhnya, penceramah popular, Datuk Mohd Kazim Elias tetap hadir pada Karnival Kemas4U dan Semarak Desa di Padang Awam Pekan Beruas, di sini, malam ini.
  • SHAH ALAM - McDonald’s Malaysia hari ini menyanggah dakwaan penggunaan lemak khinzir ke atas minuman kopi di semua premis restoran itu di negara ini.
  • IPOH - Pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias menasihatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan sindiket sesebuah kumpulan yang menjalankan kutipan derma dan jualan produk dari rumah ke rumah kononnya untuk mengisi tabung Pusat Pendidikan Al Barakah.
  • IPOH - Culas menjalani pemeriksaan berkala, menjadi punca kesihatan pendakwah terkenal, Datuk Mohd Kazim Elias terjejas, hingga terpaksa dikejarkan ke hospital, Jumaat lepas.
  • SHAH ALAM - Pendakwah terkenal, Datuk Ustaz Mohd Kazim Elias hari ini menukilkan isi hatinya melalui kemas kini status di Facebook selepas rakyat Malaysia dikejutkan dengan berita kesihatannya, Jumaat lalu.