KUALA LUMPUR - Detik cemas yang begitu singkat menjadi igauan ngeri buat salah seorang pelajar yang terselamat dari insiden kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyah apabila menyaksikan sendiri bagaimana salah seorang dari rakan pelajar terjun dalam keadaan terbakar.

Muhd Izzarudin Roslan, 15, yang sudah dua tahun di pusat tahfiz berkenaan, berkata, dia menjadi antara yang terawal terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi gas bocor.

Menurutnya, sebaik sahaja terjaga api sudah marak di bahagian pintu utama keluar masuk asrama itu.

[ARTIKEL BERKAITAN: 22 pelajar tahfiz maut dalam kebakaran]

"Saya mula kejutkan kawan-kawan lain termasuk ustaz keadaan menjadi kelam kabut kerana tidak dapat keluar dalam masa sama katil juga sudah mula terbakar.

"Saya dan beberapa yang lain ke tingkap hujung dan turun melalui batang paip tetapi dalam masa sama ada yang sudah terbakar di bahagian badan terjun ke bawah sementara yang lain terperangkap," katanya kepada Sinar Harian.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :