GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak lelaki berumur enam tahun koma selepas terjatuh dari permainan roda berpusing di Pesta Sungai Nibong, di sini malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris berkata mangsa, Mohamad Khairul Naimme Abu Kassim terjatuh dari permainan berkenaan pada jam 12.50 tengah malam.

"Kita terima laporan daripada bapa mangsa yang juga peniaga di tapak pesta itu pada pukul 4.15 pagi dan telah mengarahkan operasi permainan berkenaan dihentikan serta-merta sehingga siasatan selesai," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata kanak-kanak berkenaan dipercayai mengalami kecederaan dalaman dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SUNGAI BULOH - Seorang kontraktor meminta pihak berkuasa menyiasat semula punca kematian anak lelakinya yang sedang menjalani hukuman penjara selepas disahkan meninggal dunia akibat jangkitan di bahagian dada di Hospital Sungai Buloh pada Isnin lepas.
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.
  • ALOR SETAR - Wanita berusia 33 tahun yang terjatuh dari tingkat lima, bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) petang semalam, didakwa mengalami masalah kemurungan yang ketara sejak empat bulan lalu.
  • SHAH ALAM - Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas terjatuh dari tingkat enam pangsapuri di U11, Shah Alam, kira-kira jam 12.10 tengah malam tadi.
  • LUMUT - Bangkai seekor anak ikan lumba-lumba seberat 5 kilogram ditemui terdampar dalam keadaan luka di ekor dan perut terburai di Pangkalan Baru Marina Island di sini, hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.