GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak lelaki dijumpai berseorangan oleh orang awam di hadapan bangunan Malvest, Jalan Sultan Azlan Shah di sini pagi tadi.

Kanak-kanak yang belum boleh bercakap itu dijumpai ketika mahu melintas jalan kira-kira jam 11.20 pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata, kanak-kanak itu dijumpai seorang lelaki berusia 26 tahun ketika dia berada di bangunan berkenaan.

Menurutnya, lelaki berkenaan kemudiannya memanggil kanak-kanak itu dan bertanyakan tentang ibu bapanya.

"Ketika lelaki itu sedang berjalan ke kedai 24 jam berdekatan, dia ternampak kanak-kanak tersebut mahu melintas jalan. Bimbang kerana mendapati kanak-kanak itu tidak berada dalam pengawasan orang dewasa, dia memanggil kanak-kanak berkenaan.

"Namun kanak-kanak itu masih tidak boleh bercakap dan berada dalam keadaan panik. Lelaki berkenaan cuba bertanya orang awam yang berdekatan, namun gagal mencari waris atau ibu bapanya," katanya ketika dihubungi tadi.

Mior Faridalathrash berkata, lelaki berkenaan kemudiannya membawa kanak-kanak itu ke Balai Polis Sungai Nibong untuk tindakan selanjutnya.

"Kanak-kanak yang belum diketahui identitinya itu kini berada di bawah jagaan Balai Polis Sungai Nibong. Dia akan berada di balai polis terbabit sementara waktu sehingga dituntut waris sah atau ibu bapanya.

"Sekiranya tidak dituntut, dia akan diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut. Kepada sesiapa yang mengenali waris atau ibu bapa kanak-kanak itu, boleh menghubungi polis segera," katanya.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • BUKIT MERTAJAM - Polis mencari waris seorang lelaki yang mayatnya ditemukan dalam tali air di Jalan Junjung Mati, Juru di sini pada 1 Jun lepas.
  • KLANG - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Klang sedang mengesan ibu kandung yang menghilangkan diri selepas beberapa hari melahirkan bayi lelaki di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 27 Mac lalu.
  • IJOK - Waris kepada seorang bayi lelaki, Muhammad Uwais yang berusia sebulan dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor bagi membantu memudahkan urusan dokumentasi.
  • TANAH MERAH - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah mencari waris kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang ditinggalkan sejak berusia tiga bulan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.