KUALA LUMPUR - "Api terlalu marak dan asap tebal, kami tidak boleh masuk," kata salah seorang saksi yang berada di lokasi kejadian.

Dalam kejadian itu, seramai 22 pelajar dan dua warden dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung, di sini, awal pagi tadi.

Ahmad Billien Zakaria, 34, berkata, dia dimaklumkan kejadian oleh kakaknya yang menelefonnya kira-kira jam 5.15 pagi.

"Kakak telefon saya beritahu ada kebakaran di pusat tahfiz di sini. Saya terus bangun dari tidur menuju ke tempat kejadian.

"Sampai di sini, lihat memang dah ramai penduduk dan pemuda datang berkumpul untuk cuba menolong, tapi kami tidak dapat berbuat apa sebab api dan asap tebal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Menurutnya, bomba kemudian mengarahkan kami untuk tidak masuk ke dalam pusat tahfiz terbabit atas faktor keselamatan.

Katanya, ketika itu, ada antara kami yang cedera ketika cuba memberikan pertolongan.

"Apa yang saya dimaklumkan, sebelum saya sampai, ada saksi beritahu mendengar jeritan meminta tolong," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Dua orang mangsa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di sini yang sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibenarkan pulang esok.
  • PUTRAJAYA - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sudah memeriksa lebih 200 pusat tahfiz di seluruh negara, susulan kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Kuala Lumpur, 14 September lalu.
  • KUALA LUMPUR - Bangunan baharu Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung akan dilengkapi ciri-ciri keselamatan yang mendapat kelulusan pihak Bomba dan turut mempunyai 24 kamera litar tertutup (CCTV).
  • KUALA LUMPUR - Selepas dua minggu tragedi kebakaran menyayat hati di Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah yang mengorbankan nyawa 21 pelajar dan dua guru, hari ini lima remaja dan seorang kanak-kanak dihadapkan ke muka pengadilan.
  • KUALA LUMPUR - Dua remaja dihadapkan di Mahkamah Majistret sebentar tadi atas tuduhan membunuh 23 individu dalam kebakaran pusat tahfiz Quran Ittifaqiyah.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.