RAKAMAN seorang lelaki mendakwa seorang pengutip derma menipu dan menamparnya viral di laman Facebook hari ini.

Seorang pelayar yang memuatnaik video berkenaan mendakwa kejadian berkenaan berlaku di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar.

Menurut laporan portal tempatan, lelaki terbabit pada mulanya memarahi pengutip derma berkenaan yang mendakwa mengutip derma untuk pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.

Pengutip derma tersebut menafikan dia menipu untuk mengutip derma, selain mendakwa dirinya adalah wakil dari jabatan agama.

Walau bagaimanapun, lelaki yang memarahinya mempertikaikan kesahihan 'cerita' pengutip derma tersebut.

Lelaki itu kemudian menampar pengutip derma berkenaan sambil mencabar pengutip derma terbabit datang semula dan membawa wakil pejabat agama.

Video berkenaan yang dikongsi lebih 3,000 pelayar menarik reaksi berbeza.

Segelintir pelayar menganggap lelaki berkenaan bertindak keterlaluan dengan menampar pengutip derma terbabit.

"Tak mau derma sudah...tak payah la tampar," kata Mohd.

"Kesiannya. Kalau taknak derma, tak payah la layan. Jalan je," kata Shahirah.

"Saya (bagi) viral sebab hak menghukum bukan pada kita. Kita derma pahala sedekah kita dapat. Tu bahagian kita. Kemana duit sedekah tu pergi, tu urusan dia dengan ALLAH," kata individu yang memuatnaik video berkenaan.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota seperti ditularkan di media sosial hari ini.
  • PUCHONG - Polis menahan enam lelaki yang bergaduh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di sini, semalam.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • LAGI cerita samseng jalanan yang tular di media sosial, semalam. Melalui satu perkongsian seorang pelayar wanita di laman Facebook, menceritakan detik cemas apabila kenderaan dipandunya, dihimpit empat kereta di Lebuhraya Utara Selatan.
  • MUZIK K-Pop bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, apatah lagi sejak ‘Korean/Hallyu Wave’ mula melanda negara dan ia masih menjadi kegilaan khususnya dalam kalangan remaja.