SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kadar tol di beberapa lebuh raya di Malaysia akan dinaikan mulai 15 Oktober ini.

Menurut kenyataan daripada Maju Expressway Sdn Bhd yang mengendalikan Lebuh Raya Maju (MEX) kadar tol tersebut akan dinaikkan antara 20 sen dan RM3.

"Lebuh Raya Kuala Lumpur – Karak mengumumkan kadar bayaran di Plaza Tol Gombak dan Bentong naik antara 30 sen dan RM3 mulai Khamis ini, sementara Lebuh Raya Silk yang mengendalikan laluan Kajang, pula mengumumkan kadar akan dinaikkan di antara 40 sen dan RM2.40, dan kenaikan antara 30 sen dan RM1 di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke)," petik kenyataan itu.

Selain itu,  kadar tol di terowong Smart juga naik kepada RM3.

Turut menaikkan kadar tol adalah syarikat konsesi New Pantai Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Baru Pantai (NPE).

Memetik kenyataan pihak NPE, kenaikan kadar berkenaan antara 40 sen hingga RM2.10.

Sementara pengendali lebuh raya, Projek Lintasan Kota Holdings Sdn Bhd (Prolintas) juga mengumumkan penyelarasan struktur kadar baru tol di konsesi Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE) dan Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA).

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - KUALA LUMPUR - Maju Expresway Sdn Bhd (MEX) akan memberi laluan tol percuma kepada pengguna Lebuhraya MEX sempena sambutan Aidilfitri ini.
  • KUALA LUMPUR - Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn Bhd (Smart) akan menawarkan diskaun tol sebanyak 20 peratus kepada semua pengguna lebuh raya itu bersempena perayaan Deepavali yang disambut pada 10 November ini.
  • KUALA LUMPUR - Kadar tol di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (LLB) akan dinaikkan antara 10 sen hingga RM1.60 berkuatkuasa 15 Oktober (Khamis) ini.
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 11 syarikat konsesi lebuh raya utama di Lembah Klang hari ini mengumumkan kenaikan kadar tol antara 10 sen dan RM6 berkuat kuasa Khamis ini.
  • JOHOR BAHRU - Senai-Desaru Expressway Berhad hari ini mengumumkan kadar tol baharu bagi pengguna Lebuhraya Senai-Desaru (SDE) yang akan berkuatkuasa Khamis ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.