KUALA LUMPUR – Jururawat maut dirempuh kereta dalam kejadian di Jalan Sultan Ismail menghala ke Jalan Kuching, dekat sini, semalam.

Mangsa dikenali Salbiah Ab Raman berusia 33 tahun maut akibat cedera parah.

Pegawai Turus Jabatan Siasatan dan Perundangan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Deputi Superintenden Shafie Daud berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu berlaku ketika mangsa yang berjalan kaki berada di laluan paling kiri di lokasi tersebut.

“Siasatan dapati, mangsa yang hendak melintas jalan telah dilanggar sebuah kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 24 tahun.

“Kemalangan menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia,” katanya.

Beliau berkata, semakan dapati mangsa adalah jururawat yang bertugas di Hopsital Melaka.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KEMAMAN - Belumpun sampai 24 jam kemalangan menyayat hati yang meragut nyawa dua anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dungun berlaku di Kemaman, satu lagi nahas jalan raya yang mengorbankan dua lagi mangsa terjadi di daerah ini, awal pagi tadi.
  • BUTTERWORTH - Dua penunggang motosikal maut dalam kemalangan melibatkan empat buah motosikal di Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) awal pagi tadi.
  • SEGAMAT - Seorang remaja tidak sempat menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) hujung tahun ini selepas motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kereta di Kilometer 6 Jalan Paya Pulai-Pogoh, petang semalam.
  • REMBAU - Seorang kerani Pos Laju maut tercampak ke dalam longkang selepas dipercayai dirempuh sebuah kenderaan di kilometer 14.5, Jalan Seremban-Tampin, di sini, pagi tadi.
  • YAN - Seorang warga emas, Othman Hassan,79, maut apabila diirempuh sebuah motosikal ketika cuba melintas jalan di Kampung Sungai Lintang pada jam 9 pagi tadi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.