KOTA BHARU - Seorang jurukimpal tidak mengaku salah di mahkamah sesyen, di sini, hari ini, atas tuduhan merogol remaja perempuan bawah umur, empat tahun lalu. 

Tertuduh, Tuan Zarul Hafiz Tuan Zaid, 21, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim, Ahmad Bazli Bahruddin

Tertuduh didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun enam bulan di kawasan Kampung Penakah, Kemuning, Machang, jam 10.45 malam, pada bulan Februari 2014.

Dakwaan dibuat mengikut Seskyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara hingga 20 tahun dan juga sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang diwakili peguam Shaharudin Mohamad yang mewakili tertuduh memohon jaminan kepada anak guamnya.

Timbalan Pendakwa Raya negeri, Hajarul Falena Abu Bakar pula tidak mencadangkan sebarang jaminan.

Kes ditetapkan 28 Januari ini sebagai tarikh sebutan semula.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :