TELOK PANGLIMA GARANG - Mayat seorang wanita ditemui di sebuah rumah di Jalan Bandar Lama, Pulau Carey, dekat sini, kelmarin.
 
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Zailan Tasir berkata, mayat disyaki warga Indonesia berkenaan ditemui selepas pihaknya menerima panggilan daripada orang awam kira-kira jam 1 petang.
 
Menurutnya, mangsa seorang pekerja ladang berusia lingkungan 30-an ditemui di dalam bilik tidur utama dan hanya berkain batik dan berbaju t-shirt.
 
“Mangsa yang telah mereput juga ditemui dengan keadaan dibungkus selimut.
 
“Susulan itu, siasatan awal mendapati mangsa telah mati kira-kira satu minggu,” katanya.
 
Beliau berkata, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Banting untuk bedah siasat.
 
Mengulas lanjut berhubung kejadian tersebut, Zailan berkata, mangsa yang sudah berkahwin dipercayai menyewa rumah berkenaan daripada seorang lelaki warga tempatan.
 
“Punca kejadian kini masih dalam siasatan dan usaha menjejak suami mangsa giat dijalankan bagi membantu siasatan.
 
“Kita masih tunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti kecederaan mangsa. 
 
“Setakat ini kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GERIK - Seorang wanita ditemukan maut di dalam sebuah rumah di Taman Sinaran, di sini, tengahari tadi.
  • KUALA LUMPUR - Mayat lelaki dipercayai dibunuh ditemui dengan kepala dan kakinya dibungkus menggunakan karung guni putih di tepi lereng bukit di Km 34 Jalan Gombak Lama, di sini, hari ini.
  • ALOR SETAR - Wanita berusia 33 tahun yang terjatuh dari tingkat lima, bangunan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) petang semalam, didakwa mengalami masalah kemurungan yang ketara sejak empat bulan lalu.
  • PUCHONG - Wanita yang ‘menyerang’ seorang anggota penguatkuasa Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dengan besi pengunci stereng dan videonya tular di media sosial sejak Jumaat lalu tampil memberi keterangan berhubung kejadian kepada pihak polis, semalam.
  • SEREMBAN - Polis akan menyiasat latar belakang mayat yang ditemui Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) pada Selasa lalu, susulan disahkan bukan salah seorang anak kapal USS John S McCain oleh Armada Ketujuh Amerika Syarikat (AS).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.