KUCHING - Jabatan Kerja Raya (JKR) Pulau Pinang diarah membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah, Pulau Pinang, dengan membawa apa sahaja peralatan bagi memastikan operasi itu dapat dilaksanakan secepat mungkin.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata selain itu, Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) pula diarah menjalankan siasatan berhubung kejadian itu.

“Saya baru tiba dari Abu Dhabi tadi dan dimaklumkan mengenai kemalangan tersebut. Selain arahan kepada JKR Pulau Pinang, saya telah mengarahkan CIDB untuk bersama DOSH supaya berada di lapangan bagi menyiasat apakah punca kemalangan itu berlaku, seperti adakah kemalangan disebabkan kecuaian pihak pemaju dalam mematuhi segara peraturan sedia ada dan sebagainya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan perasmian Program “Break Off” MetroCity 2017 di sini.

Kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan rumah mampu milik itu dilapor pada pukul 8.57 pagi melibatkan 14 mangsa yang dipercayai tertimbus di bawah runtuhan tanah.

Mereka  terdiri  daripada seorang rakyat tempatan manakala yang lain adalah rakyat Indonesia, Rohingya dan Bangladesh. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Lapan mayat mangsa tragedi tanah runtuh di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini Sabtu lalu belum dituntut.
  • GEORGETOWN - Operasi mencari dan menyelamat mangsa tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di tapak projek perumahan mampu milik di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini dihentikan sepenuhnya pada jam 12.05 tengah hari tadi.
  • GEORGETOWN - Dua mayat lagi dijumpai pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 mayat berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini.
  • GEORGETOWN - Difahamkan dua mayat lagi dijumpai pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan 11 mayat berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat di tempat kejadian.
  • GEORGETOWN - Usaha mencari dua lagi mangsa kejadian tanah runtuh di tapak projek pembinaan di Lengkok Lembah Permai, Tanjung Bungah di sini masih diteruskan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.