HUDA NASIHA
AH HONG @ SITI AISHAH
SHAH ALAM - Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang sedang mengesan dua waris bayi perempuan yang kini ditempatkan di institusi kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Bayi pertama dikenali Huda Nasuha, ditinggalkan ibunya, warga Indonesia dikenali Emaziana.
Dia ditinggalkan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang pada 16 Mei lalu atas alasan tidak mempunyai wang untuk menjelaskan bayaran bil hospital.
Bayi kedua dikenali Ah Hong @ Siti Aishah, ditinggalkan seorang wanita warga Indonesia tanpa mempunyai sebarang dokumen.
Alamat terakhirnya ialah No 17, Jalan Empat, Pulau Ketam dan dilahirkan di HTAR, 18 April lalu.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung waris bayi berkenaan diminta hubungi Pegawai
Pelindung Kanak-kanak, Tuah Sajali dan Nor Azian Sharfador Khan menerusi 03-33710885/03-33727273.
Mereka juga boleh ditemui di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Klang, Tingkat Bawah, Bangunan Pejabat Kerajaan, Klang.




