JOHOR BAHRU - Jenazah mangsa sindiket dadah, Shyzlin Hathaman, 43 selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Larkin, di sini kira-kira jam 9.30 malam selepas tiba di Malaysia setelah mengharungi perjalanan lebih 32 jam dari Lima, Peru.

Jenazah selamat tiba di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabanga Kuala Lumpur (KLIA), Sepang kira-kira jam 2.30 petang, tadi menaiki pesawat KL744 sebelum dibawa ke Johor Bahru untuk disemadikan di Larkin, di sini.

Jenazah Allahyarham tiba di kawasan perkuburan kira-kira jam 9 malam dan disemadikan berdekatan kubur sepupunya Norabdah Mahmood, 49 yang meninggal dunia pada 23 September lalu.

Jenazah sebelum itu disambut ibu saudaranya, Robiah Yusuf, 69 sebaik tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin di sini untuk disembahyangkan.

Ibu saudara Shyzlin, Robiah Yusuf menatap wajah Allahyarham buat kali terakhir ketika jenazah tiba di Masjid Tun Hussein Onn, Larkin di sini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah Syzlin tiba di Malaysia]

7 Oktober lalu, Allahyarham dilaporkan meninggal dunia di hospital Nacional Dos De Mayo Health Facility, Peru pada jam 7.50 pagi waktu Malaysia akibat komplikasi beberapa penyakit termasuk asma dan kencing manis.

Dia sebelum itu terkandas di Lima, Peru sejak lapan tahun lalu dan pernah ditahan di penjara negara itu selama lebih empat tahun membabitkan kes penyeludupan dadah sebelum ditempatkan di sebuah gereja kerana keadaan kesihatannya yang terjejas.

Urusan membawa pulang jenazah dari negara Amerika Selatan itu dibantu Biro Kebajikan Umno Malaysia (Bikum) yang menguruskan proses dokumentasi sejak seminggu lalu.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Jenazah Ramli Abd Majid, pendaki warga Malaysia yang maut di Gunung Damavand, Iran pada November tahun lepas, diijangka tiba di tanah air pada Isnin.
  • RANTAU PANJANG - Suasana pilu menyelubungi pengebumian Laskar Kelas 1 Muhammad Lailatulman Mohd Sukri, 26, di Tanah Perkuburan Rantau Panjang, pagi tadi.
  • KUALA LUMPUR - 'Hasratnya mahu menjadi seorang hufaz akhirnya tidak kesampaian, ujar bapa kepada Muhammad Taufik Hidayat, Norazizan Abd Razak.
  • KUALA LUMPUR - Kesemua 21 jenazah mangsa kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah semalam dimandikan melalui kaedah tayammum berikutan keadaan jasad mereka yang rentung.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.