JELEBU - Jenazah Ahli Parlimen Jelebu Datuk Zainudin Ismail, 57,  selamat dikebumikan di tanah perkuburan islam Petasih, Pertang Jelebu disini sekitar jam 11 pagi tadi.

Lebih 500 individu hadir dalam majlis berkenaan yang turut diiringi isteri, Roziah Yaakob , 55 tahun dan dua anaknya.

Zainudin meninggal dunia di kediamannya di Villa Puteri Condo di Kuala Lumpur, pada jam 7.30 malam kelmarin akibat ketumbuhan dalam kepala.

Zainudin pada 13 Mei tahun lalu telah menjalani pembedahan membuang ketumbuhan di dalam kepalanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Beliau sebelum itu di hantar ke Hospital Jelebu apabila tidak sedarkan diri, jam 12 tengah hari, hari yang sama.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), Zainudin menang dengan majoriti 7,101 undi menewaskan Raj MunniI Sabu daripada Pas.

Zainudin meninggalkan seorang balu dan tiga anaknya yang berumur 32 tahun hingga 24 tahun.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :