JOHOR BAHRU - Sebuah video tular di media sosial yang memaparkan keadaan kecoh di sebuah masjid selepas solat Jumaat tadi.

Memetik kenyataan di laman Facebook Malaysian Response Team, video kekecohan itu dikatakan berlaku di Masjid Austin Perdana Johor Bahru.

Difahamkan, kekecohan timbul gara-gara tindakan pemilik sebuah kereta membunyikan hon ketika jemaah sedang menunaikan solat Jumaat.

"Lokasi: Austin Perdana, Johor Bharu. Info awal: Kes hon kereta tanpa henti ketika solat jumaat," petik kenyataan keterangan di sebalik video kekecohan berkenaan menerusi Facebook Malaysian Response Team.

Sehingga kini video yang berdurasi sekitar 1:10 saat tersebut ditonton lebih 542,000 selepas sejam dimuat naik.

Sementara itu, memetik laporan Malaysian Digest, jemaah masjid berkenaan mengesahkan kejadian tersebut dan laporan mengenai insiden itu dibuat di balai polis Setia Indah.

Memetik laporan sama, jurucakap polis Setia Indah mengesahkan menerima laporan berhubung insiden tersebut namun enggan mengulas lanjut.

Katanya, punca kejadian masih lagi disiasat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Pasaraya Sunshine mengambil inisiatif sendiri dengan menyimpan stok kopi yang didakwa menyebabkan simptom letih dan lemah terhadap dua lelaki selepas meminum kopi tersebut dalam kejadian minggu lalu.
  • KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan berlaku kejadian tembak di sebuah pusat beli-belah di ibu kota seperti ditularkan di media sosial hari ini.
  • PUCHONG - Polis menahan enam lelaki yang bergaduh selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran pusat beli-belah di sini, semalam.
  • PUCHONG - Seorang penumpang kereta maut manakala seorang lagi cedera ringan dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) berhampiran Jalan Bandar 3, Pusat Bandar Puchong di sini, pagi tadi.
  • SHAH ALAM - Sebuah kedai emas rugi kira-kira RM80,000 selepas disamun dalam kejadian di sebuah pusat beli-belah dekat Seksyen 23, di sini, semalam.