KAMPAR - Ketelitian dan ketekunan sepasukan anggota bomba berjaya menyelamatkan jari seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun yang tersepit pada jek hidraulik kereta, dalam satu kejadian di RPT Tualang Sekah, di sini, hari ini.

Kejadian sekitar jam 12.20 tengah hari itu dipercayai berlaku, apabila kanak-kanak terbabit bermain di bilik tidur yang turut menempatkan peralatan berkenaan.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kampar, Mazlan Abd Salam berkata, ketika tiba di lokasi mendapati, jari hantu tangan kanan kanak-kanak itu tersepit pada bahagian tengah jek dan dia berada dalam keadaan menangis menahan kesakitan.

Menurutnya, beberapa peralatan lain seperti pemutar skru turut berada di situ, kemungkinan usaha awal keluarga untuk mengeluarkan jari terbabit.

“Anggota kemudiannya bertindak menutup kekunci jek tersebut dan melakukan pembukaan secara manual sehingga jari berjaya dikeluarkan.

“Terdapat sedikit kesan kemek pada jari kanak-kanak itu dan kita telah arahkan keluarga membawanya ke hospital untuk pemeriksaan,” katanya.

Beliau berkata, operasi menyelamat hanya mengambil masa kurang tujuh minit.

Katanya, ibu bapa perlu lebih prihatin tentang semua peralatan yang mendatangkan bahaya dengan menyimpannya di tempat lebih selamat.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SEREMBAN - Polis tidak dapat mengambil sebarang tindakan berhubung dakwaan kanak-kanak warga Argentina dilarikan oleh bapanya kerana tiada laporan rasmi dibuat oleh pihak berkenaan berhubung perkara itu.
  • KAJANG - Seorang penyelia tergamak melakukan perbuatan jijik dan memalukan apabila sanggup mencabul anak perempuan teman wanitanya berusia 11 tahun.
  • KUALA SELANGOR - Waris kepada seorang kanak-kanak perempuan, Dania Ajla, 4, dicari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Selangor bagi membantu prosedur dokumentasi.
  • GEORGETOWN - Lemas merupakan penyebab kematian kedua tertinggi kanak-kanak di negara ini selepas kemalangan jalan raya dengan kira-kira 500 golongan berusia satu hingga 18 tahun dilaporkan menjadi mangsa setiap tahun, demikian menurut kajian Pusat Penyelidikan Klinikal Perak.