KOTA BHARU - Seorang ibu tunggal dipercayai berkhalwat dengan suami orang dicekup dalam serbuan oleh penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan, di Lorong Kubur Maras, Jalan Langgar, di sini, pagi tadi.

Wanita dua anak berusia 29 tahun terbabit ditahan bersama pasangannya seorang penjawat awam beruniform berusia 30 tahun.

Dalam serbuan jam 2.15 pagi itu, penguat kuasa yang menerima maklumat awam melakukan intipan sebelum berjaya mencekup kedua-duanya ketika bersekedudukan dalam sebuah bilik di rumah berkenaan.

Menurut sumber, lelaki terbabit berasal dari Kedah dan sudah mendirikan rumah tangga, namun isterinya tinggal di Pulau Pinang kerana bekerja di negeri itu.

Lelaki berkenaan pula ditugaskan ke cawangan Kelantan sejak 10 bulan lalu, manakala janda terbabit berasal Kampung Kekabu, Pasir Mas, dan sudah empat tahun bercerai dengan suami terdahulu.

"Janda itu bekerja sebagai jurujual jam di sebuah kompleks membeli belah di Lembah Sireh, di sini, dan menyewa di sekitar tempat kerjanya.

"Berdasarkan siasatan awal, lelaki tersebut mengambil wanita itu dari bilik sewanya dan dibawa pulang untuk tidur bersama di rumah sewa lelaki," katanya.

Katanya rumah berkenaan disewa bersama tiga lagi rakan lelaki, namun masing-masing tidak mengetahui kegiatan lelaki berkenaan yang hampir setiap malam membawa pulang wanita tersebut secara bersembunyi.

"Anak-anak wanita itu dijaga mertuanya (ibu bekas suami), manakala yang lelaki belum memiliki anak.

"Mereka sudah berhubungan lebih tiga bulan lalu," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA TERENGGANU - Seorang berstatus isteri, seorang janda anak satu dan seorang anak dara antara individu yang ditangkap khalwat bersama pasangan masing-masing oleh penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) dalam operasi cegah maksiat sempena Tahun Baharu 2018 di sini awal pagi tadi.
  • KUALA TERENGGANU - Mengakui terhutang budi kerana teman lelakinya sering membantu dari segi kewangan untuk memajukan perniagaan, seorang wanita ‘terlupa’ dirinya berstatus isteri sehingga sanggup menjalin cinta dengan lelaki berlainan bangsa itu.
  • KUALA TERENGGANU - Seorang janda anak dua bukan sahaja mengaku menempah hotel semata-mata untuk melampiaskan nafsu bersama kekasihnya, tetapi tanpa segan silu mengaku sudah pun melakukan hubungan seks sebelum bilik berkenaan diserbu penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Selasa lalu.
  • KUALA TERENGGANU - Tanpa segan silu, seorang gadis memberitahu hanya melakukan ‘aksi ringan’ sahaja dengan majikannya yang juga berstatus suami orang sebelum dicekup berkhalwat di Taman Sri Kolam, di sini, awal pagi tadi.