KUALA LUMPUR - Mesyuarat khas Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan lima agensi hari ini bagi membincangkan kontroversi berkaitan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) masih belum memutuskan tindakan akhir yang perlu
diambil terhadap pertubuhan tersebut.
Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Mohd Naim Daruwish berkata mesyuarat lebih dua jam itu sekadar membincangkan bidang kuasa setiap agensi yang terlibat.
"Rumusan daripada mesyuarat hari ini, kita menerima maklum balas baik di mana setiap agensi setelah dibentangkan fakta penjelasan yang diperolehi dari siasatan SSM, telah mengambil secara positif dan bersetuju untuk mengkaji bidang kuasa masing masing.
"Tetapi sekiranya terdapat perlanggaran atau tidak patuh terhadap undang-undang, tindakan yang selanjutnya akan diambil sama ada ianya berhubung kait dengan isu Suaram dan Suara Inisiatif Sdn Bhd," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat itu di sini.
Lima agensi yang terlibat adalah Bank Negara Malaysia (BNM), Kementerian Dalam Negeri (KDN), Pendaftar Pertubuhan (ROS), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), katanya.
Menjawab soalan berkenaan keperluan membentuk sebuah jawatankuasa khas bagi mengenal pasti bentuk siasatan dan tindakan menyeluruh terhadap Suaram, Mohd Naim berkata ia bergantung kepada hasil perbincangan bersama lima agensi terbabit.
"Kemungkinan dalam tempoh satu atau dua minggu kita akan berbincang semula dan lihat semula adakah perlu untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas untuk tengok secara keseluruhan dan sebagainya," katanya.
Beliau berkata ROS akan mengetuai kajian bagi menetapkan tindakan terhadap semua pertubuhan yang tidak berdaftar termasuk Suaram.
"ROS akan mendapatkan nasihat daripada KDN yang bertanggungjwab terhadap jabatan (ROS) tersebut. Kajian utama yang akan dilakukan adalah mengkaji status suatu pertubuhan atau pertubuhan bukan kerajaan yang tidak berdaftar dengan ROS.
"Kita sedia maklum bahawa setiap pertubuhan adalah di bawah bidang kuasa ROS, jadi mereka akan mengkaji sama ada undang-undang meliputi persatuan yang tidak berdaftar dan sekiranya ada, apakah bentuk tindakan yang akan diambil oleh mereka," katanya.
Mohd Naim berkata dua faktor utama Suaram perlu disiasat dengan lebih lanjut adalah disebabkan status pertubuhan tersebut yang tidak berdaftar serta penyaluran dana asing melalui Suara Inisiatif Sdn Bhd.
"Perlu diambil perhatian SSM memang telah menjalankan siasatan terhadap Suara Inisiatif Sdn Bhd yang didakwa mempunyai kaitan dengan Suaram tetapi kita (SSM) terhad kepada peruntukan undang-undang dan kesalahan di bawah akta syarikat," katanya.
Mohd Naim berkata berdasarkan siasatan, Suara Inisiatif Sdn Bhd merupakan syarikat yang berdaftar dengan SSM dan perniagaan meliputi aktiviti berkaitan pendidikan dan latihan. - Bernama
Isu Suaram: Mesyuarat khas tidak putus tindakan
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Cabul: Pelakon nekad saman pengarah
- Pelatih PLKN lahir bayi lelaki di tandas kem
- Bekas isteri dakwa kena gigit, dipijak
- Dicekup bogel dengan nelayan
- Remaja 15 tahun rela 'diratah', bapa dakwa anaknya dirogol
- Derita jadi hamba seks bekas kekasih
- Terpedaya cinta Facebook, gadis dirogol
- 2 pegawai SPRM, seorang bayi maut kemalangan
- 'Tengku Fakhry dirayu dapatkan kebenaran bawa keluar Bentley'
- Polis sahkan Cinang mati lemas, dirogol
- Kereta pelancong Hong Kong dirempuh kereta api
- Adun kena pukul
- Niat rompak berakhir tragedi
- Rogol: Warga Indonesia dipenjara, 3 sebatan
- Imam Muda, Penghulu mengaku cetus pergaduhan di Pasir Puteh
- Utusan Melayu diarah bayar ganti rugi kepada Karpal Singh
- 'Tisu gagah' berbahaya
- Lebih 600 tinggal sehelai sepinggang
- Runtuhan: P.Pinang tubuh suruhanjaya
- Janin ditemui dalam mangkuk tandas




