KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyiapkan kertas siasatan bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan daripada Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki berkata, kertas siasatan kes tersebut telah disiapkan beberapa bulan lalu dan telah diserahkan pejabat pendakwa raya untuk disemak.

“Kertas siasatan telah siap dan telah dikemukakan oleh pendakwa raya untuk kajian. Sehingga ini, belum lagi ada keputusan (daripada pendakwa raya),” katanya pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Polisi Perlindungan Pemberi Maklumat Mara dan Ikrar Bebas Rasuah di Hotel Premiera, di sini, hari ini.

Sementara itu, Pengerusi Mara, Datuk Dr Awang Adek Hussin menidakkan khabar angin bahawa Annuar akan kembali ke agensi itu atau mana-mana anak syarikat di bawah Mara.

Ia susulan desas-desus yang menyatakan bahawa Annuar akan kembali ke Syarikat Pelaburan Mara.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa memaafkan pihak yang memfitnah beliau dalam isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan sehingga disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
  • SHAH ALAM - Pihak pendakwa raya telah memutuskan untuk tidak mendakwa bekas Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa berhubung isu penajaan pasukan bola sepak Kelantan dari Universiti Kuala Lumpur (UniKL).
  • KUALA LUMPUR - Umno mempersoalkan tujuan himpunan 'Sayang Malaysia Hapuskan Kleptokrasi' anjuran Pakatan Harapan yang dijadual berlangsung Sabtu ini.
  • KUALA LUMPUR - Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap kes melibatkan Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (Mara), Tan Sri Annuar Musa, telah pun selesai.