KULAI - Syarikat International Golden Services Sdn Bhd tidak pernah berurus niaga senjata api di negara ini seperti yang didakwa sesetengah pihak.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, syarikat itu yang merupakan usaha sama Korea Utara dan Malaysia hanya menjual produk komunikasi ketenteraan dikenali Glocom.      

"Syarikat ini tidak pernah berurus niaga senjata api di dalam negara jadi tidak benar (tuduhan itu).    

"Tohmahan mereka menjual-beli senjata api, (tetapi) tidak ada... tidak ada satu senjata pun mereka jual," katanya kepada pemberita di sini hari ini.    

Mengulas lanjut, Khalid berkata meskipun syarikat itu terlibat dalam pameran dan persidangan Perkhidmatan Pertahanan Asia di Malaysia sebanyak tiga kali pada 2012, 2014 dan 2016, mereka tidak pernah menerima tempahan untuk Glocom.

"Walaupun mereka cuba memasarkan peralatan telekomunikasi ketenteraan ini, (produk) itu juga tidak berjaya mereka jual, jadi itu penjelasan saya terhadap syarikat Korea Utara itu," katanya.    

Syarikat itu yang didaftarkan pada pertengahan 2012 ditutup pada 15 Mac lalu selepas permohonan tutup dibuat kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.    

Mengulas perkara itu, Khalid berkata pemegang saham warga Malaysia pernah memohon untuk menutup syarikat itu pada 2015 namun permohonan tersebut tidak ditandatangani oleh pemegang saham dari Korea Utara. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PUTRAJAYA - Pegawai dan anggota pasukan penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia dibenar menggunakan senjata api bila nyawa terancam ketika menjalankan tugas dengan pelancaran Garis Panduan Penggunaan Senjata Api (Semasa Menjalankan Tugas) 2017 hari ini.
  • ALOR SETAR - Seorang penjenayah yang dipercayai aktif dalam aktiviti penyeludupan senjata api dan dadah dari negara jiran ditembak mati polis di kawasan persimpangan Kampung Weng Dalam, Baling, semalam.
  • KUALA TERENGGANU - Rahsia seorang lelaki menyimpan sebilah pedang terbongkar apabila menggunakan senjata terbabit untuk menyerang majikannya dalam kejadian di sebuah kilang kayu, di Kampung Gemuruh, di sini, 6 Mei lalu.
  • KOTA BHARU - Polis Kelantan akan menjalankan siasatan lanjut mengenai dakwaan seorang penduduk tempatan daripada kumpulan penyeludup di sempadan Malaysia-Thailand di negeri ini yang disyaki terbabit dalam membekalkan senjata api kepada militan Daesh.
  • PUTRAJAYA - Semua pelesen dan pemilik permit senjata api diwajibkan memohon kad senjata bermula 1 Jun ini, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.